Wednesday, May 12, 2010

bonamana tease me!

i watched this video in Daily KPop.. like the author of the post said, they really tease us.. waaa.. tak sabar-sabar nak tengok bonamana dance ni.. terasa nak menari-nari pun ada jugak.. aigo~ ee tuk and eunhyuk kejam! ngahaha..



credit to: Ting18 @ DKP

Posts syok sendiri..



hehe.. guys.. tengok tu.. April have the lowest posts.. maklumlah.. time tu kan sibuk-sibuk dengan abstract and preparation for colloquium.. ahaha.. whereas January has been a honeymoon for me.. weee~~

Now we are in May.. the post is increasing~ ahahaha.. lu pikir la sendiri.. takkan tu pun gue nak kena cakap kot.. hehehe.. *wink2*

Tuesday, May 11, 2010

lucky?

i read a blog name nurulism.com.. a friend of mine yang bagi nama blog tu.. she thinks that the blogger is one of the luckiest creature on this planet.. she blogged, get an admirer and that admirer propose her to be his wife.. and her admirer bukan calang-calang.. but a guy with a doctor ahead of his name.. and now they live in Brisbane with a newborn baby girl.. hmm..

i've read their love story, and her love story is indeed one of a kind that capture many hearts to read it.. i went through their love email, and suddenly remember i've once wrote letter like those.. hmm.. i kinda miss that feeling.. hehe.. but what i can say is, when you meet someone you really attracted to, you will write beautifully.. hehe..

oh.. lagi satu, blog positively.. you may get an admirer like her.. and if you are lucky, you'll get a Dr. maybe? huahaha.. and if luck still stick with you, maybe you'll be living abroad with a really happy family.. hehe.. but be careful.. don't get a psychopath.. hahaha..


Lelaki dan wangian

arini nak bercakap tentang perfume.. hehe..

ini adalah gara-gara saya terjumpa seorang lelaki yang sangat wangi bau nya.. haha..

dulu, once upon a time at upmkb pun saya kenal dengan seorang lelaki yang suka pakai minyak wangi bunga melor.. memang harum.. kalah saya yang perempuan.. hee.. siapa yang tak suka kalau seseorang tu berbau harum kan.. segar je bila bau.. i like that kind of scent.. tapi ada gak yang pakai minyak wangi then mau tu jadi mashem.. ahaha.. maybe tak sesuai kot dengan chemical semulajadi dari diri dia..

oh.. apa yang saya cuba katakan ini..

urm.. waktu tu, saya pergi shopping dengan seorang kawan saya.. then, dia berkira-kira untuk membeli perfume untuk teman lelaki dia.. tapi sedang kami memilih perfume yang sesuai, tiba-tiba dia berkata "Ish.. tak jadilah belikan untuk dia. Mesti dia pergi ngorat perempuan lain,"

I was like "Huh? napa pulak?"

Then dia jawab "Ya.. lelaki yang wangi-wangi ni semua nak tackle awek je"

Dalam hati aku, betul ke lelaki begitu?

Then, a few days ago, I say something to a guy friend about another guy yang pakai perfume.. wangi sangat.. i like la.. tapi bila teringat kata-kata kawan saya yang perempuan tu, sedikit sebanyak meracun gak pemikiran aku ni.. haha... Then kawan saya yang lelaki tu pun berkata "Baguslah.. sunnah tu pakai wangi-wangian keluar rumah"..

Frankly, I like his answer.. hehe.. Tak semua lelaki yang wangi tu buaya kan.. abang saya tak buaya pun, cuma dia seorang yang well-groom before keluar pergi mana-mana..

hmm.. senang cakap, dont judge a book by its cover.. mungkin kawan saya tu perlu lebih mempercayai dan memahami pakwenya.. hahaha..

suka la brand ni.. hee..

p/s: ada sesiapa yang perasan akan perubahan terhadap blog saya? sila angkat tangan? ngahahaha.. saya saja buat perubahan ini.. guess what.. saya dah tak suka background hitam! tak tahu kenapa..

people changed.. hee..

Monday, May 10, 2010

Jodoh?

pernah aku tengok drama di TV yang mengisahkan tentang betapa perempuan ini menyintai seorang laki-laki ini.. tapi sedikit pun tidak wujud rasa kasih terhadap wanita itu. maka pada suatu hari, dia telah berjumpa dengan seorang guru agama dan guru itu menasihatkan kepada dia supaya berdoa lah seikhlas hati pada Tuhan yang maha kaya untuk dibukakan pintu hati lelaki itu terhadap dia. InsyaAllah Tuhan makbulkan.. Seperti kisah cinta Zulaikha terhadap Nabi Allah Yusuf..

Jika sesiapa yang bertanya kepada aku, siapa yang bertakhta di hati? Aku masih tiada jawapan. Cuma doaku selepas sembahyang moga jodohku adalah orang yang baik-baik. Itu sahaja pintaku. Tapi semenjak dua menjak ini, aku mula berfikir, patutkah aku mula berdoa untuk dipertemukan jodoh? Yang aku pasti, bila aku mula berdoa begitu, aku sudah bersedia untuk menerima jodohku.. Bila? Wallahualam.. Aku sendiri tidak pasti. itu semua aku serahkan pada Allah swt kerana Dia yang maha mengetahui..

Tapi, pernah juga aku terdengar, kita tidak patut meminta di percepatkan untuk bertemu jodoh kerana jodoh itu adalah sesuatu yang dijanjikan oleh Allah swt dalam kata lain, ia adalah pasti. Bersabarlah wahai sang dara dan teruna. Berdoalah seikhlas hatimu. Amin.

a treat as a token of gratitude..

remember once i've wrote about Bakti Siswa at Kg. Lajung? but i think i wrote it in my previous blog at wordpress.. eh wait! i wrote it in friendster blog! huahauha.. click here to read.. pergh.. memorable siot.. itu blog zaman tok kaduk before aku gune wordpress for 1 year and then transfer ke blogspot pula..

Kg. Lajung really left me with a really sweet memories of living in a kampung environment.. bila aku baca blog aku balik, memang banyak sangat memorinya.. haha..

ok apa aku nak cerita sebenarnya ni..

hari sabtu petang hari tu tiba-tiba aku dapat satu panggilan dari unknown number. but of course dari nombor sarawak because it is 013-81xx xxx.. hehe.. nombor dirahsiakan. then, bila aku angkat, terdengarlah suara seorang lelaki di hujung talian..

aku tanya la elok-elok, dia siapa. then, dia perkenalkan diri dia sebagai zainal. aku pun berasa pelik.. zainal mana pula ni.. then, aku teringat dulu ada seorang lelaki ni, kawan pada anak tuan tanah kedaun yang aku sewa masa praktikal pernah gak kacau-kacau aku.. tapi aku tak ingat lak nama dia tu.. huhu.. dalam hati aku 'ah.. sudah.. jangan mamat tu'.. aku diam.. then tiba-tiba dia pon cakap.. 'zainal lajung'

fuhhh.. terungkap memori-memori dekat Kg. Lajung dulu.. hahahaha.. poyo jek ayat aku..

dia seorang firefighter.. kebetulan melaka jadi tuan rumah untuk hari bomba sedunia, jadi dia salah seorang wakil bomba dari sarawak untuk beberapa pertandingan dekat melaka.. then, disebabkan dulu mak ayah dia tersangatlah baik dekat aku, aku pun tergerak nak ajak dia datang rumah..

maka semalam, lepas dia habis untuk pertandingan kawad kaki, aku dan parents aku pun menjemput dia dekat hotel ancasa dekat mitc.. lepas bawa pergi makan, bawa dia datang rumah pula.. then bawa dia keliling bandar melaka.. haha.. segan aku.. bak kata wani, macam sambut bakal menantu pula.. hmm.. walau apa pun, dia memang baik budi bahasa.. still tak berubah macam masa aku jumpa dekat Kg. Lajung..

mak ayah aku layan dia sangat baik sebab mak ayah aku tahu macamana baiknya family dia treat aku masa aku pergi lajung. bukan sehari tapi seminggu aku di sana.. terasa rindu pula dengan mereka..

ok.. itu sahaja post gedik (sebab cerita pasal lelaki) pada hari ni.. haha..

Saturday, May 8, 2010

Tagged oleh megat

1. Anda rasa anda hot?
huahaha.. hot ni sama dengan hangat or panas ke? dua-dua tidak.. saya sedingin salju.. hakhak..

2. Upload gambar kesayangan anda!



3. Kenapa anda suka gambar ini?
sebab nampak best lar.. huahaha.. time ni aku balik nek flight sorang-sorang je.. pastu slamber badak je dok selca dalam kapal terbang tu.. dulik apa gue.. hehe..

4. Bila kali terakhir anda makan pizza?
tak ingat bila.. oh2.. saya ingat.. di genting bersama kawan baik saya, mira..

5. Lagu terakhir yang anda dengar?
Oh- SNSD.. lately ni memang selalu dengar lagu mereka.. entah kenapa.. haha..

6. Apa yang anda buat sambil selesaikan tag ini?
dok main-man dengan sweetIM di yahoo!messenger bersama adik saya.. haha.. takde kerja..

7. Selain dari nama anda sendiri, anda suka dipanggil dengan nama apa?
khai-chan - masa dekat matrik.. time tu minat jepun.. roomate saya, ati selalu panggil saya khai-chan.. saya suka..
khai-sshi - masa dekat upmkb.. minat korea.. mira yang start panggil.. then orang lain dengar.. mereka pun suka panggil khai-sshi
khai-yoorim - sendiri bagi nama kat diri sendiri.. sebab micky yoochun suka nama yoo rim.. haha..
yaya - once upon a time.. haha.. cte lme..

8. Tag lagi 8 orang tanpa rasa kekesalan
aizamia
yana
bainah
oh.. saya tak tahu nak letak siapa lagi.. kawan-kawan saya tak selapang saya untuk blogging.. haha..

Siapa no.1 kepada anda?
adik aku.. haha..

Bagaimana pula no.3?
kawan masa sekolah.. hehe..

Pendapat anda pada angka 4?
haha.. saya tak tahu..

Kata sesuatu tentang orang ke 2?
yana.. jawablah tagging ni.. haha..

Hubungan anda dengan no 6?
tak senang untuk bercerita.. huahaha..

Perawakan no.5?
tak tahu.. ada ke orangnya?

ok.. selesai.. sekian..

p/s: trimas pada encik megat.. lama dah tak buat tagging.. haha..