Salam..
terasa lama gila tak hupdate blog.. arini nak cakap pasal relationship..
aku rasa semua orang, bila baru meningkat dewasa, mesti tengok orang yang handsome je.. yang tak handsome tak lawo hingus meleleh, sume tak pandang.. kita dimomok2kan dengan orang2 handsome and lawo macam dean winchester (ok, aku tak habis2 dean winchester), brad pitt, tom cruise yada yada (kenapa aku sebut sume lelaki je.. haha)..
hari sukan sekolah, mesti nak tengok yang paling handsome/lawo, muka putih, mata sepet, or ala2 mix ke berlari balapan and so on.. yeah right.. (aku sekolah perempuan tapi aku paham kot kegatalan time tu..). dan peliknya, orang yang handsome/lawo ini pasti disukai chegu jugak.. nak2 jenis excellent dalam pelajaran selain sukan.. wakil kelab kimia, wakil sekolah untuk debate.. jadi dia macam all rounder.. jadi kadang2, satu daerah tu boleh tahu pasal ke-handsome-an or ke-lawo-an dia.. kira champion ar sape yang dapat tackle lelaki/perempuan yang handsome n lawo ni.. dan selalunya, mereka bersama.. hmm.. OK.. foine..
bila meningkat dewasa lagi cikit.. yang handsome/tak handsome, lawo/tak lawo dan low self esteem, hanya menjadi budak nerd dan tak kisah tentang cinta, kalau kisahpun mereka simpan diam2 dalam hati mereka.. malu woi orang tau! yang tak handsome dan tak lawo tapi high self esteem dan ingin bercinta, mereka bercinta sesama mereka.. ngahahaha.. aku? aku tak bercinta dulu.. yes.. aku low self esteem.. kahkahkah.. aku sekolah all girls.. celah mana nak jumpa jantan.. tuisyen? gile ke.. mak aku byr tuisyen utk aku blajo.. tengok lelaki pun tak hingin tau.. aceeehhh.. :P
then.. bila masuk universiti, peluang semakin cerah untuk semua orang.. sebab kebanyakan orang time ni dah pandai bergaya.. dah pandai pakai baju t shirt kotak2 dengan kasut dr.martins.. kepala lilit2 dengan shawl, pakai peplum in trend bagai.. jadi tetiba semua orang makin menjadi handsome dan lawo.. yes.. material can be really helpful to boost your self esteem dan seterusnya menjadikan kau lawo.. nampak tak keypoint untuk bercinta sebenarnya self esteem.. things is, kita masih lagi dengan taste kita yang budak2 dahulu.. inginkan orang yang handsome dan lawo.. little that we realize that, handsome dan lawo tu tak menjamin pun masa depan..
bila dah frust dengan orang yang handsome or lawo, sebab mereka ni lebih menyakitkan hati daripada menyenangkan hati.. apa tak nyer.. dah kalau handsome or lawo, mulalah ada ego yang menggunung.. nak kau je yang dapatkan dia.. letih oi.. nak-nak lagi kalau kau perempuan.. bukan nature kau lah nak pergi terhegeh-hegeh kat lelaki.. pastu, satu hal lagi ada peminat.. lebih sadis lagi kalau mereka ini dah perasan bagus sangat, mulalah curang.. dan lagi tak bestnyer, korang pun sama je perangai.. ditambah-tambah perisa lagi jenis emosi tak tentu hala ni.. baik lelaki mahupun perempuan.. arghhh!! hormon-hormon!
then.. after a while, then we realize (tapi ada certain orang tak realize gak).. yang sebenarnya, handsome/lawo tu tak menjanjikan apa-apa pun.. understanding and tolerance sebenarnya.. dan aku suka nak menggalakkan orang yang agak-agak tak boleh belah dengan perangai pakwe/makwe yang penipu, panas baran, mengongkong, suka kuar ngan lelaki/perempuan lain atas alasan kawan, sila lah tinggalkan mereka.. bukan apa.. aku taknak korang terseksa lama2.. bek gi cari orang yang lebih memahami dan bertolak ansur.. *sebelum korang kawen la ceritanya! kalau dah kawen, jangan ikut nasihat aku pulak..
dan carilah orang yang jenis tak berputus asa untuk membuatkan kau bahagia.. yang tahu kau sedih disebalik senyuman kau.. yang tahu kau nak cakap apa disebalik kesenyapan kau.. yang tahu kau sayang dia disebalik kemarahan kau.. yes! orang tu.. tapi, bukan sentiasa dia begitu.. kau pun jangan emo tentu hala.. cakap dia tak sayang ke hape.. sebab dia pun manusia biasa.. yang ada up and down.. jadi, bila hari dia tak cerah dan hujan, kau la pulak hulurkan payung..
jadi. apa sebenarnya aku nak cerita nih? aku pun tak tahu.. OK lah.. gini kot konklusi aku.. semua orang akan jadi semakin handsome dan lawo dalam dunia ni disebabkan taraf hidup dan ada duit di tangan.. we are not ugly, we're just poor.. dan akhirnya hanya attitude yang akan membezakan mereka.. eat on that! hadamlah nyah oi..
No comments:
Post a Comment