Monday, September 30, 2013

relationship: attitude

Salam..

terasa lama gila tak hupdate blog.. arini nak cakap pasal relationship.. 

aku rasa semua orang, bila baru meningkat dewasa, mesti tengok orang yang handsome je.. yang tak handsome tak lawo hingus meleleh, sume tak pandang.. kita dimomok2kan dengan orang2 handsome and lawo macam dean winchester (ok, aku tak habis2 dean winchester), brad pitt, tom cruise yada yada (kenapa aku sebut sume lelaki je.. haha).. 

hari sukan sekolah, mesti nak tengok yang paling handsome/lawo, muka putih, mata sepet, or ala2 mix ke berlari balapan and so on.. yeah right.. (aku sekolah perempuan tapi aku paham kot kegatalan time tu..). dan peliknya, orang yang handsome/lawo ini pasti disukai chegu jugak.. nak2 jenis excellent dalam pelajaran selain sukan.. wakil kelab kimia, wakil sekolah untuk debate.. jadi dia macam all rounder.. jadi kadang2, satu daerah tu boleh tahu pasal ke-handsome-an or ke-lawo-an dia.. kira champion ar sape yang dapat tackle lelaki/perempuan yang handsome n lawo ni.. dan selalunya, mereka bersama.. hmm.. OK.. foine.. 


bila meningkat dewasa lagi cikit.. yang handsome/tak handsome, lawo/tak lawo dan low self esteem, hanya menjadi budak nerd dan tak kisah tentang cinta, kalau kisahpun mereka simpan diam2 dalam hati mereka.. malu woi orang tau! yang tak handsome dan tak lawo tapi high self esteem dan ingin bercinta, mereka bercinta sesama mereka.. ngahahaha.. aku? aku tak bercinta dulu.. yes.. aku low self esteem.. kahkahkah.. aku sekolah all girls.. celah mana nak jumpa jantan.. tuisyen? gile ke.. mak aku byr tuisyen utk aku blajo.. tengok lelaki pun tak hingin tau.. aceeehhh.. :P

then.. bila masuk universiti, peluang semakin cerah untuk semua orang.. sebab kebanyakan orang time ni dah pandai bergaya.. dah pandai pakai baju t shirt kotak2 dengan kasut dr.martins.. kepala lilit2 dengan shawl, pakai peplum in trend bagai.. jadi tetiba semua orang makin menjadi handsome dan lawo.. yes.. material can be really helpful to boost your self esteem dan seterusnya menjadikan kau lawo.. nampak tak keypoint untuk bercinta sebenarnya self esteem.. things is, kita masih lagi dengan taste kita yang budak2 dahulu.. inginkan orang yang handsome dan lawo.. little that we realize that, handsome dan lawo tu tak menjamin pun masa depan..

bila dah frust dengan orang yang handsome or lawo, sebab mereka ni lebih menyakitkan hati daripada menyenangkan hati.. apa tak nyer.. dah kalau handsome or lawo, mulalah ada ego yang menggunung.. nak kau je yang dapatkan dia.. letih oi.. nak-nak lagi kalau kau perempuan.. bukan nature kau lah nak pergi terhegeh-hegeh kat lelaki.. pastu, satu hal lagi ada peminat.. lebih sadis lagi kalau mereka ini dah perasan bagus sangat, mulalah curang.. dan lagi tak bestnyer, korang pun sama je perangai.. ditambah-tambah perisa lagi jenis emosi tak tentu hala ni.. baik lelaki mahupun perempuan.. arghhh!! hormon-hormon!

then.. after a while, then we realize (tapi ada certain orang tak realize gak).. yang sebenarnya, handsome/lawo tu tak menjanjikan apa-apa pun.. understanding and tolerance sebenarnya.. dan aku suka nak menggalakkan orang yang agak-agak tak boleh belah dengan perangai pakwe/makwe yang penipu, panas baran, mengongkong, suka kuar ngan lelaki/perempuan lain atas alasan kawan, sila lah tinggalkan mereka.. bukan apa.. aku taknak korang terseksa lama2.. bek gi cari orang yang lebih memahami dan bertolak ansur.. *sebelum korang kawen la ceritanya! kalau dah kawen, jangan ikut nasihat aku pulak.. 

dan carilah orang yang jenis tak berputus asa untuk membuatkan kau bahagia.. yang tahu kau sedih disebalik senyuman kau.. yang tahu kau nak cakap apa disebalik kesenyapan kau.. yang tahu kau sayang dia disebalik kemarahan kau.. yes! orang tu.. tapi, bukan sentiasa dia begitu.. kau pun jangan emo tentu hala.. cakap dia tak sayang ke hape.. sebab dia pun manusia biasa.. yang ada up and down.. jadi, bila hari dia tak cerah dan hujan, kau la pulak hulurkan payung.. 



jadi. apa sebenarnya aku nak cerita nih? aku pun tak tahu.. OK lah.. gini kot konklusi aku.. semua orang akan jadi semakin handsome dan lawo dalam dunia ni disebabkan taraf hidup dan ada duit di tangan.. we are not ugly, we're just poor.. dan akhirnya hanya attitude yang akan membezakan mereka.. eat on that! hadamlah nyah oi.. 

Saturday, September 21, 2013

page untuk homestay dah siap!!

Salam..

finally!

aku ada masa untuk buat page homestay mak aku..

it takes a lot of work sbnrnya utk approach org.. and it so not me yang sangatlah pendiam..

pendiam kerr?? haha

anyway.. i'm just not to talkative to certain type of people..

bukan apa.. manusia ni tidak lari dari cela, including me.. jadi, lebih baik kita senyap dari ramah..

tapi, aku kena ramah la kalau nak promot homestay ni..

perlahan-lahan.. gain trust from people..

insyaAllah..


54 orang dah like.. happy ^^

Tuesday, September 10, 2013

coldness

The day when i feel your warm arm wrap around me in the cold of the night
Is the day that i know you wont let the frost bite me, not even a little
Hush baby hush, you said
We'll make it through tonight
And when the rays shot their first light,
We smiled so brightly until the sky was jealous of us..
We survived the winter cold hunny.. :)

p/s: ayat tunggang langgang.. please dont mind of this post.. proceed with your work.. haha.. :P

Tuesday, August 27, 2013

KL Bird Park

minggu lepas nyawa aku datang bangi untuk simposium.. dah dok kat bangi tu, dia pun melajakkan diri ke serdang.. bila dah ke serdang, aku apa lagi, ajak la ke bangsar, tempat adik aku.. hehe..

time aku dok promo2 blog homestay mak aku, aku ter'come across with this ahkak punya blog.. dia pergi ke kl bird park..

aku ni pon tergedik-gedik lah ke nyawa aku mintak jalan-jalan ke bird park kl..

sesungguhnya, aku memang mengidamkan dating yang beriadah ni.. haha.. dating tak dating la.. ngan adik aku sekali kan.. haha..

ok.. nk share gambo..

mak jemah excited dah nak masuk.. 

ini adik gue.. nak ke korea 2015.. insya Allah.. tapi gi bird park dulu b4 gi korea tu k.. 

dah gemok kannnn.. huaaaa.. kuat makan time puasa.. ni burn balik!

bird park kl.. 

burung ni ada kat mana-mana je.. bebas terbang.. 

ni pon sama.. bebas.. besar lak tu..

merak ni tengah berehat atas pokok.. gemok kan.. 

burung ni, tak ingat apa nama.. spesis2 hornbill kot.. bunyi dia, peh3.. 

comel kan burung hantu ni.. 

grooming each other.. ouh.. sape sempat amik gambo, tolong la amik gambo kat sini.. kitorang aritu tak sempat.. time pergi ramai gila beratur.. time patanh balik, dia kata burung-burung nak makan lak.. sobs sobs.. 1 kepala rm10 kalau pakai camera sendiri.. 

pandai burung ni.. color very vibrant kan.. dia cari-cari kuaci yg berisi.. so, kitorang cari la yang berisi untuk bagi kat dia.. 

adik aku pun nak gak.. ehehe.. penyayang anak-anak rahim n sarah ni.. 

1st impression tengok dia ni, waaaa.. macam dinosaur la! tengok la kaler n kepala dia tu.. hehe.. 

dia ni tidurrrr.. 

ok.. stil tidur.. pusing leher.. sakit tengkok.. 

banyak gila kan burung ni.. berlambak!! kadang-kadang selumber landing sebelah orang.. kesian gak sebab budak-budak suka kejar dia.. haha.. 

ini bukan patung.. ini real.. landing baik punya.. pastu posing.. berkepak begitu.. keringkan bulu pelepak kot?

ini wat kenduri ok tak? masak rendang? nyum3.. 

burung antu ni selalu dalam cerita antu kan.. 

ok dah abes.. ok la masuk sini.. rm25 with mycard.. blanja inche nyawa and adik.. dah aku mengajak kan.. hahaha.. ok.. tu saja..

p/s: gambo inche nyawa? dia taknak amik gambo.. ciss..

Thursday, August 22, 2013

Relationship: selfish

Macamana kalau aku katakan cinta ini membuatkan orang menjadi selfish? walaupun orang tu ialah orang yang paling tak selfish dalam dunia.. heh.. 

Bilamana kau nak ajak makwe/pakwe kau keluar, tapi dia nak spend time dengan kawan-kawan dia.. 

ha.. mulalah kau jadi selfish kan.. 

dan yang kesian ialah pakwe/makwe kau yang tersepit di antara kawan dan kekasih.. 

jap lagi tak kuar ngan member, dikata asik berkepit ngan pakwe/makwe lak.. 

kalau kuar ngan member, pakwe/makwe lak merajuk..

ditelan mati pakwe/makwe, di luah mati kawan-kawan.. haha.. perumpamaan baru aku kasi.. 

aiyo.. tepuk dahi.. 

disini aku rasa, selagi pakwe/makwe kau bukan suami/isteri, selagi tu dia ada hak untuk spend time dengan sesiapa.. 

ye.. dia ada hak.. 

tapi.. kawan-kawan dia pun patut paham situasi dia ni macamana.. 

jadi sekarang ni sebenarnya, terpulang dekat si polan ni tadi untuk pandai-pandai jaga ati kedua belah pihak.. 

tapi kalau dah jadi suami/isteri, memang tak salah lah kalau aku katakan, 99% perlu lebihkan pada suami/isteri.. 

orang bingai je lebihkan kawan kalau dah berkahwin.. soh dia kawen dengan tembok lagi bagos.. haha..  

sudah lah aku dah malas nak tulis pepanjang..  

p/s: kadang aku selamber gak cakap kat nyawa aku.. awak nak kawen ngan diorang ke kawen dengan saya? ahahahahaha.. sila jangan tiru.. derhaka ni derhaka.. baru tadi cakap dia ada hak.. like i said, cinta ni boleh menukarkan orang yang paling tak selfish menjadi selfish.. inikan pulak aku yang sedia ada selfish.. haha.. 

Tuesday, June 11, 2013

relationship: clean start, communicate, trust, think and tango

aku suka gak post pasal relationship kan.. kan.. haha.. 

ok.. perkara asas before start relationship ialah:


have a clean start before you start to build a relationship


means, you have get rid of all your scandals or exs from your heart or mind.. 

macam lagu alyah tu.. tak mungkin kerna sayang.. yes.. itu lagu yang sesuai.. 

macam aku dan M.. kami masing-masing ada history.. siapa yang tidak?

kami mula berkawan bukan terus atas dasar suka.. tapi more to friendship.. apa yang dia rasa, apa yang aku rasa.. sume kami share.. minta pandangan etc.. 

un-sangka-rably, both of us already come out clean from our old self, long before we start confessing to each other..

di awal-awal ada juga keraguan sebab keraguan come from one-sided thinking and judging.. tapi communication help us a lot.. its two-sided thinking and judging.. 

communication is essential in relationship.. 

our relationship dah setahun setengah.. and we communicate better right now than during our friendship.. kami memang open.. about what we feel especially.. he always ask me, please end our conversation today light heartedly.. leave no stone unturned.. 

sebagai seorang perempuan, betapa logik akal aku berfikir.. datang suatu masa, aku masih lagi seorang perempuan yang dipengaruhi perasaan.. jadi, M helps me a lot la.. to straighten me again after i bend.. 

ish.. serius la.. aku sangat suka dengan lelaki yang reti berkomunikasi secara logik dengan perempuan without being gatal or what so ever.. dan tidak terlalu brag about himself.. 

dan apa yang M ajarkan itu, untuk end conversation light heartedly memang berkesan untuk ketidakpuasan hati tidak berlanjutan beberapa hari.. jerih oiii kalau lelama.. 

trust trust trust

no matter what history we got, ia dah takde significant dalam hidup kami.. trust what you feel and trust him.. dan percaya pada apa yang tuhan tetapkan.. 

kalau dulu masa zaman muda mudi remaja, salah faham tu berlaku dengan mudah.. tapi sebab sekarang kita sudah besar, we often think before we talk. 

think before you talk

no matter how angry we are, we think about consequences.. 

contohlah.. kalau pakwe kau tak contact sepanjang hari.. aku rasa, time kanak-kanak ribena, mesti terus melenting.. 'awak ni dah tak ingat kat saya ke.. dah la nak merajok..' haaa.. mampuih la kalau pakwe kau tengah bad mood gak, memang nak kena la.. 

tapi kalau yang lebih matang ckit, 'awak.. pergi mne.. wuwu?' ha.. ni pesen2 tahu hormat space seorang pakwe.. aceceh.. pakwe terus pi cari topup sebab makwe kesayangan dah tercari-cari..  

lagi satu, jap lagi yang sorang marah, yang sorang lak merajuk.. mesti yang marah tu rasa menyampah lak nak kena pujuk2.. 

sebab tu, before marah, tapis dlu.. better lagi anto mesej pnjg2.. pastu sendiri rasa menyampah dengan mesej marah panjang2 tu, then terus delete then buat bodoh je dulu sampai rasa marah tu surut.. 

takes two to tango

guide each other when one's a bit lost.. atur langkah dengan kemas bersama.. and stay clean with people around you and not to forget agama dan budaya.. 

p/s: pehh.. panjang bonar post aku ni.. 

relationship: waver aka goyah

have you ever waver? 

waver means, goyah.. 

dalam relationship, there are days maybe you are waver..

waver bila awek cun asik tepon kau..

waver bila lelaki encem asik mesej2 kau.. 

waver bila awek cun tadi selalu ajak tengok wayang...

waver bila lelaki encem tadi asik nak belanja kau coklat..

waver gak bila awek tak bape cun tapi pandai amik ati asik pujuk rayu kau..

waver gak bila lelaki tak bape encem tapi pandai bergurau senda dengan kau.. 

wah3.. kem men lagi waver kan.. 

no matter how much you waver, selagi kau tidak benarkan 1% diri dia masuk dalam hati kau, insya Allah that 1% takkan berkembang menjadi 20%, 50%, 70% or 100%

ini lah yang menyebabkan berlaku potensi curang.. 

asalnya ialah waver.. hahaha..

jadi, tepuk dada tanya nafsu.. 

kalau agak-agak pasangan kau jahat macam setan, kau dibenarkan untuk waver.. *tapi memang mampus la kalau kau berani cari yang lain.. dah nama pon setan kan.. 

yang lain-lain tu sebenarnya tak baik la nak waver2 ni.. 

bila dah jumpa someone, yang kau memang dah berangan-angan nak mendirikan rumah tangga dengan dia.. dia pon same angan-angan nak makan kek buatan kau di hari minggu lepas menikah nanti, tolonglah tetapkan hati kau..  

kalau agak dah suka sangat yang baru, tinggal je la yang lama.. 

aku rasa baik gitu dari kau hold dan hold.. kau ingat yang lama tu barang antik ke.. 

semua dengan izin-Nya

kalau Dia mengkehendakkan sesuatu, maka terjadilah.. 

kalau tidak, sampai bila pun tidak akan jadi.. 

kalau hati rasa susah, dengan izin-Nya, akan ditiupkan ketenangan dalam hati..

kalau otak buntu, dengan izin-Nya, akan ditiupkan idea dalam minda.. 

semua dengan izin-Nya..

kalau tidak ada izin-Nya, mungkin ada perancangan yang lain untuk kita..

atau sebenarnya kita tidak cukup ikhlas meminta pada-Nya.. 

beria dan ikhlas berbeza.. 

beria, kita meminta bersebab.. tidak cukup ikhlas.. 

sedangkan ikhlas itu pula redha dengan apa sahaja yang akan Dia tetapkan..

ya.. itu yang aku sedang cuba belajar..

untuk lebih ikhlas beribadat pada-Nya.. ingat kepada suruhan-Nya.. 

mengaji dan berzikir apabila teringat atau ada waktu terluang.. 

tidak ambil mudah perihal solat.. 

bukan sebab inginkan apa-apa..

tapi sebab hati sudah mula sayang dengan agama.. ingat kepada Tuhan.. 

bila solat lewat, dipenghujung waktu, terasa malu untuk menadah tangan dan berdoa.. 

dan kalau kita rasa masalah dengan orang keliling kita, mungkin kita sendiri ada silapnya.. sehingga tuhan menggerakkan hati orang itu untuk menguji kesabaran kita.. semua dengan izin-Nya.. 

jadi, teruskan bersabar.. dan minta ditenangkan hati kita.. 

percayalah.. tuhan mahu kita belajar.. belajar untuk menyerahkan segalanya pada-Nya seikhlas hati kita.. 

selagi benda tu benda yang bernyawa.. tuhan yang ada hak keatasnya.. 

apa yang baik, datang dari Allah..

yang jahat pula, dari sifat manusia kita atau bisikan syaitan.. 

berzikirlah.. minta tuhan lontarkan anasir2 jahat keluar dari badan kita.. 

cemburu terutamanya.. nak-nak lagi yang perempuan.. cemburu tengok orang dah berkahwin.. cemburu tengok orang dah ada anak.. cemburu tengok beg tangan coach orang.. 

alahai.. tangisilah jika kamu ada perasaan begitu.. sesungguhnya, hodoh sangat perasaan itu untuk kamu-kamu yang perempuan yang sepatutnya penuh dengan keindahan.. 

jika masih ada kerisauan di hati, percayalah tuhan ada untuk kamu.. 

aku cakap kat blog ni sebab aku cuba pakukan sedalam-dalamnya dalam otak untuk aku ingat dengan Tuhan, percaya dengan-Nya.. 

sebab aku pon manusia biasa.. yang tak lari dari nafsu hodoh seorang manusia.. 



p/s: segala kesusahan ialah cara tuhan ajar kita untuk jadi lebih kuat.. hidup ni, jangan asyik membandingkan diri dengan orang.. sampai bila hati tak tenang.. *reminder to meself.. 

Thursday, June 6, 2013

Review product: Missha Perfect Cover BB Cream from Naturactor Collection

arini nak buat review product yang pernah beli dari Naturactor Collection..

i prefer to go out with naked face.. 

without any moisturizer, spf to protect my skin from the sun.. 

apa tah lagi pakai mekap.. 

so, bila i know about bb cream, i was searching for the best bb cream from korea.. 

and then i found out about missha perfect cover b.b cream..

the thing is kat mana nak dapat kt malaysia ni??

ouh.. before that, a friend of mine, Aliya introduce to Naturactor Collection. Memang kaw2 punya dia minat Naturactor.. sebab dia ni memang kaki mekap.. haha.. 

yang aku ni pulak, just eyeing on that page.. berkira-kira gak nak try beli ke tak.. 

then, tup2, kat Naturactor Collection Page, missha bb cream yang aku cari tu ada.. ADA!! 

adik aku yang hantu kpop pon dok excited, Aizamia.. yelah.. kat malaysia mana ada missha.. nak2 lagi artis favorite dia ada endorse product missha.. lagi la dia suka.. and dak busuk and adik aku lagi sorang pun, mira terpengaruh gak usha page dia..



tadaa.. dah beli dah dari Naturactor Collection! hehe.. 

bau dia wangi.. suka3.. even my mom pon suka.. 

missha perfect cover bb cream ni memang recommended la.. sebab texture dia tak berdebu macam pakai compact powder, and kadang2 bila kita pakai compact powder, mata kita akan perasan perbezaan kulit asal kita and kulit after pakai compact powder.. tapi kalau pakai missha, its so light that you dont even notice that you are wearing something on your skin.. 

another good thing about missha bb cream ni ialah dia ada spf 42.. ouh plzzz tell me you guys know about spf? the bigger the number of spf, the longer it will protect your skin from the sun.. tapi kalau you dah lap2 muka you with cloth ke hape, of course la u kena re-apply.. 

lately ni aku memang gilakan product yang ada spf.. tolong be conscious about what the sun will do to your skin.. aku dulu duduk sarawak.. panasnya masyaAllah.. and waktu tu aku tak de pon nak pakai payung ke apa.. dan sekarang dah menyesal..  jadi, bb cream helps me a lot.. especially untuk tutup dark pigment yang dah ada atas kulit aku.. dalam masa yang sama dia memperbaiki the outer sel kulit.. itulah kebaikan bb cream.. hehe..

 
nampak tak kulit aku ada cela.. huhu.. nampak kusam kan.. time ni aku kat sg.perak pukul 7pg.. travel dr melaka ke penang.. jadi, bare face sebab kitorg bertolak pukul 12 tengahmalam. so agak ridiculous la kan nak pakai apa-apa kat muka.. ouh.. tau tak my mom bising sebab banyak sangat pigmentation kat muka.. sobs sobs.. 

 
dan yang ni pulak time kat langkawi.. cuaca sangat cerah dan panas.. look how glowy my skin under the sun? thanks to missha bb cream yang dibeli dari Naturactor Collection tu.. hehe.. 

cara penggunaa missha bb cream? senang je.. picit je dari tiub dia tu, tak perlu banyak pun.. and celet kat muka.. ouh.. btw, pernah tengok Star King? cara untuk apply foundation ke hape, untuk look younger.. ye LEBIH MUDA.. cara apply nyer begini:


yang penting masa apply makeup, you kena sapu dia dari tengah dan ke luar.. mengikut kata pakcik mekap artis tu, this way will make you look younger macam song hye gyo.. kenal takkkkk?? hakhak

seriously, pergi la beli dari Zunita, owner pada Naturactor Collection sangat membantu.. dan dia sangat pemurah ok.. jeles je tengok dia bagi souvenir pada customer2 dia.. 

disebabkan aku ni jenis berjimat-jimat pakai.. aku rasa dah dekat dua tahun gak missha bb cream tu berada dalam possession aku.. tapi sekarang dah nak abeh dah tu.. kena cari bb cream semula.. hehe.. 

apa-apa pun, yang penting kena cari product yang sesuai dengan kondisi kulit dan tona kulit ye.. boleh tanya pada Zunita kalau tak pandai nak pilih kaler yang sesuai untuk kulit.. boleh usha blog dia jugak.. ada banyak sangat product sampai rambang mata.. hehe.. happy shopping.. :)

p/s: joining this contest.. terasa nak beli barang mekap lain dari dia.. hehe.. wish me luck.. :P

Saturday, May 25, 2013

tangani stress

eh.. skemanya tajuk.. hehe.. 

i found this brochure from KKM on how to handle stress with breathing and massaging.. just sharing.. almaklumlah, hidup kita memang akan ada masa-masa kita stress. 

kalau yang student, stress belajar.. yang bekerja, stress ngan deadline.. yang surirumah, stress dengan hal-hal rumah.. yang si lelaki stress dengan hal nak beli handbag coach ori untuk bini.. ehh.. XD

Tangani stress dengan teknik pernafasan
1. Berdiri dengan menjarakkan kaki dan longlaikan tangan di sisi
2. pejamkan mata dan biarkan kepala tunduk ke hadapan
3. tarik nafas perlahan-lahan melalui hidung sedalam-dalamnya dengan kiraan 10
4. hembuskan nafas perlahan-lahan melalui hidung. terapkan perasaan lega setiap hembusan nafas
5. ulangi langkah-langkah diatas sebanyak 5 kali sehingga merasa tenang dan relaks
6. akhirnya buka mata anda perlahan-lahan

tangani stress dengan teknik urutan leher dan bahu
1. minta pasangan anda duduk dengan selesa, pejamkan mata dan fikirkan sesuatu yang menenangkan. letakkan tangan diatas bahunya. tanggalkan cermin mata (jika ada)
2. ibu jari diletakkan di bahagian tengkuk dan urut dengan perlahan hingga ke bahu dan kembali ke tengkuk. ulang 3 kali
3. gunakan kedua-dua tangan dan urut bahu hingga ke bahagian atas lengan. ulang 3 kali
4. tangan masih dibahu. urut dengan ibu jari bermula dari bahagian bawah tengkuk mengarah ke luar, menjauhi tulang belakang. ulang 3 kali
5. urut dengan ibu jari di bahagian bawah tengkuk menggunakan teknik memutar.
6. letakkan satu tangan di dahi dan satu lagi di tengkuk. dengan perlahan putarkan kepalanya ke kanan dan ke kiri.
7. gunakan jari jemari untuk mengurut bahagian tengah dahi dan terus ke bahagian tepi dengan menggunakan teknik memutar. ulang 3 kali
8. letakkan kembali tangan di bahagian bahu pasangan.



hehe.. urut untuk hilang stress ni lagi bagus kalau selawat ke, doa ke.. mudah-mudahan.. :)
mudah-mudahan gak sape yang mintak handbag coach tu tadi terus dapat sebijik bila dah tolong urutkan.. ngahaha.. 

p/s: moga 

Wednesday, May 1, 2013

Bidadari

"kaulah putri, pilihanku.. bidadari syurga jelmaan dunia"

mahu tembus skrin aku tenung
hati di awang-awangan
bahagianya bercinta
datang tidak ku undang
hadir tidak ku sangkal
bagaimana bisa aku membalas
kepada yang Esa aku berdoa
moga ikatan yang bakal terjalin sesuci syurga
yang ada aku sebagai bidadarinya


Monday, April 29, 2013

Maghrib

azan maghrib berkumandang
hanya setan dan orang ke masjid sahaja yang ada di luar rumah dikala ini 
langkahku laju
tunduk
malu untuk mengangkat muka
melimpasi si tua berkopiah
aargh.. 
aku semakin pantas berjalan
sudah tentu-tentu aku tidak ke surau macam pakcik itu
sudahnya aku ini apa?
setan?
nah.. sampai ke rumah aku sudah berpeluh satu badan
speedy gonzales sungguh
detik hatiku
malam ini aku tidur dengan badan sedikit panas
keluar lagi sampai senja
padan muka

Flat Ikan, 
Sri Serdang

Friday, April 26, 2013

kata

selalu aku membisu
mengharap kau yang mula bertanya khabarku
bila kau mula bicara
aku pula yang lebih-lebih, teruja
pernah dengar lawak harith iskandar?
lelaki hidup dengan 7 ribu perkataan sehari
perempuan pula 20 ribu perkataan sehari 
pulang dari kerja kau sudah kehabisan kuota,
aku pula masih ada banyak lagi untuk dibelanja.. 



hilang vs berubah

i've lost my touch, omputih bilang
bagaimana pula kalau ia tidak pernah hilang
mungkin dikala itu kamu rasakan kamu lah yang paling bijak
mengarang puisi menulis sajak
namun datang ketika
terasa kerdil sekali di muka
segala yang ditulis mahu diolah
segala yang dibaca terasa salah
mana kan sama perasaan sekarang dan karang
selera pun berubah inikan pulak karangan
sudah
hati mulai gundah
patutkah yang sudah tertulis di atas diubah?
inilah manusia.. akal mudah berubah


K
*testing initial.. haha*






Thursday, April 25, 2013

K dan Kali Pertama

Aku hantar cerpen hari tu ke dubook press..

tapi aku tersangatlah bengong sebab brader dubook dah cakap, hantar 3k perkataan.. tapi aku dah terlebih sampai 4k..

and walaupun aku rasa macam typical sikit cerita aku.. tapi, aku gagahkan juga sebab the early part, memang it happen in my life..

alhamdulillah.. kelmarin brader dubook dah emel aku..

dan aku rasa aku menang tipis je untuk dipilih bersama 9 yang lain..

tu pon sebab aku tengok brader dubook dok bising2 kat twitter dia, ada 5 je yang betul2 berkualiti untuk buku Kali Pertama yang akan dia jual di PBAKL nanti..

katanya makwe2 sekarang tak pandai nak mengarang..

even aku pon rasa macam ye ke ni.. boleh hantar ke ni.. berkualiti ke.. at least i beat 30 others.. haha..


K tu la aku~ haha.. 

gi la beli time kat pesta buku antarabangsa nanti k.. 

p/s: brader dubook dok tanya, kau ni jantan ke perempuan sebab email aku 'khai megat'.. haha.. ok sorry.. 

Dia

usah ditanya kenapa gaya penulisan aku berubah.

ini semua gara-gara membaca langit vanilla oleh kak wani ardy.. hehe..

kalau sesiapa yang pergi ke pesta buku di pwtc nanti..

sila lah cari LV..

buku tu kena dengan jiwa..

dan kalau kau tahu tentang kak wani, lagi kau rasa macam nak peluk je dia dan cakap, terima kasih..

untuk apa..

tiada jawapan dari aku..



p/s: inche nyawa yang rekomen buku ni.. tapi aku tengok video ini dulu..

Jaga

hari ini aku kalah dengan perasaan
yang menginginkan percintaan seperti kanak-kanak
meminta kekasih meredah lautan api

heh.. 

otak kita pandai manipulasi
dikatanya engkau tidak akan merasa hubungan kekasih
seperti kekasih-kekasih lain 
dikatanya jika tunggu ke jinjang pelamin
tanggungjawab lebih menanti
nah.. bila pula mahu berkasih?

heh..

datangnya kekasih memujuk hati
bukan tidak ingin
tapi dia perlu berjaga.. 
aku perlu dijaga
hubungan ini perlu terjaga
agar tidak seperti lain

ya Allah..
akad saluran sah untuk berkasih
mungkin aku sudah lupa

siapa kata lepas berkahwin hanya ada bebanan
siapa kata lepas berkahwin kurang kasih sayang
hanya perasaan diulit hasutan yang akan berasa ragu

Kamar, Serdang

Thursday, April 18, 2013

Tahi

Perkara paling tahi ketika exam ialah
kau asik nak buang tahi
duduk dekat dengan tempat orang lain pun nak buang tahi
pastu dengar orang hembus hingus lepas buang tahi
macam tahi!
tapi kau tak fikir, orang lain lagi rasa macam tahi sebab hidu bau tahi kau!


Exam Hall PTD, Hotel Orkid

Friday, April 5, 2013

nutrilite amway - double x

Minggu lepas aku daftar amway..

finally, aku terjebak dengan product direct selling.. haha.. takde lah.. kalau dipikir2, sume brand pon bermula dengan direct selling.. even tesco or jusco tu pon ada direct selling.. cuma masing-masing ada cara sendiri.. 

mak aku yang menggalakkan untuk daftar amway..

bukan apa.. ayah aku dah makan multivitamin nutrilite amway yang bernama double x.. and dia nampak kesan la.. dari pembacaan aku, ramai gak orang puji produk2 amway.. 

ayah aku diabetic.. ciri-ciri orang diabetic ni ialah lemah, lesu.. macam ayah aku, especially tang kaki.. according to my ayah, kaki dia dah kurang rasa kebas2.. alhamdulillah.. 

amway ni bagus sebab product2 dia, organic.. so, cer pikir, kalo kita jenis makan buah2an segar.. buah2an tu sendiri banyak pesticide.. amway, 100% organic.. so, if kita makan supplement nutrilite yang bernama 'concentrated fruits and vegetables', means, kita memang consume vitamins2 dr buah2an sahaja, minus the pesticide.. 

ok.. jom tukar supplements ke amway.. harga tidak lah mahal.. standard harga supplement kat farmasi.. if you biasa ke farmasi and ushar supplement, then you tau la..  

kalau sesapa ada mak ayah yang dah berumur.. boleh la bagi mereka makan supplement.. 

bukan apa.. bila usia dah meningkat, selera makan pun dah kurang.. berapa banyak zat yang mereka boleh consume dari makanan harian mereka.. plus, ada mak ayah yang sakit, kena jaga calories kan.. 

jadi kita sebagai anak-anak, kena la cuba tolong bantu mereka.. 

ha.. ni rupa double x.. 


credit: amway.com.hk

kalau you jenis yang sangat health freak pon boleh consume ni.. 

or kalau tengah strict diet pun boleh.. 

Macam aku, bila aku on strict diet, makanan aku terbatas.. so, kalau nak dapatkan vitamins tambahan, kena la spend money on supplements.. huhu..

actually, yang double x ni, ada sorang doktor cina kat tempat ayah aku biasa jogging yang promot..

that chinese doctor, is in fact amway dealer..

haaa.. ok.. listen.. nak dijadikan cerita, aku dapat tahu yang amway ni ramai doktor and engineer yang pakai..

sebab apa.. selain dari facts yang produk ni memang bagus; organic, go green thingy and natural.. even the detergent can be used to siram pokok menjadi baja, these doctors and engineers jadi dealer amway untuk money la of course.. haha..

when u register as amway dealer, and u spend money on them, amway reward you with point.. and after some level, you and people under you spend money, you akan dapat komisyen dalam bentuk wang.. ok2. certain2 emporium pon bagi gak reward tapi dalam bentuk voucher kan.. and we have to spend money on them lagi.. aiya.. tapi amway tak.. dia bagi cash and cash ni boleh diturunkan ke anak cucu lagi kalau in case, meninggal.. choi2..

tapi tu lah cara amway give and take dengan pelanggan mereka.. nampak macam MLM kan? haha.. yes.. bezanya, dia takdelah soh ko kuar 20k, then dia soh ko jual 10 item yang dia bagi.. amway ni, we just have to switch and use their product.. takyah jual2 barang dia.. unless, macam aku ni ha.. yang sedang berkira-kira nak aktif ke tak dengan amway..

ask me anything kalau nak tanya apa-apa pasal double x ni or apa-apa lah pasal amway.. 

p/s: aku terjumpa video lecithin e product amway yang dapat bind dengan minyak.. ouh.. plus.. tak salah aku, aku dengar kena makan dengan fiber.. kasi cuci dinding2 pewot.. leh kuar time berr*k.. hahaha.. 


p/s lagi sekali.. peh.. 1st time kot aku promot product.. kan kan.. 

Thursday, April 4, 2013

Buang AVG homepage dekat chrome

Kau orang pernah tak install apa-apa program, pastu dia installkan sekali dengan AVG toolbar dekat browser korang. Pastu, korang punya homepage pon AVG yang muncul.. pernah tak?

1st time aku tengok avg ni kat pc adik aku.. semak sey.. dah la search engine dia tak se-se-mart google..

adik aku pakai mozilla..

aku pakai chrome..

tadi benda ni jadi kat aku.. meroyan gak aku mencari solution..

mula-mula aku gi kat Setting ---> Search ---> manage search engine..

dekat situ ada la tercongok AVG and bing selain daripada google.. aku buang dua-dua tu..

aku tengok stil tak ubah apa-apa.. hati sudah start panas..

then, aku gi kat control panel pulak.. tengok internet option.. default homepage aku AVG ke tak.. and jawapannya tak..

so, aku gi kat setting chrome semula.. suddenly aku ternampak sesuatu..

Setting ---> On startup ---> open specific page or set of pages

kat situ aku ternampak AVG..

aku pon pangkah..

yeay.. kawtim..

nanti aku nak check kat setting mozilla adik aku.. ;)

p/s: asal tetiba aku post pasal teknologi ni.. hahaha..

Thursday, February 21, 2013

exercise time~

semalam aku ada cakap pasal aku follow jillian michael kan.. hari ni aku nak share dengan korang video ni.. 30days shred ni ada 3 stage.. which each of the stage perlu dilakukan dalam tempoh 10 hari setiap stage.. ataupun, selagi kau tak lepas buat 1 stage, kau tak leh pindah stage..

30days shred ni honestly aku rasa, kalau orang yang sedia kurus follow benda ni, dapat kot toning badan dengan jayanya.. urm.. tapi video ni ada limitation which, korang perlu ada dumbell.. tapi, kalo korang takde dumbell pon takpe.. ikot jek.. takpun, gi isi air dlm botol air.. hakhak.. klo aku kat melaka n dumbell aku tinggal di serdang, aku angkat buku sebagai pganti dumbell.. hahaha.. hati2 ye.. jap lagi tersepuk lak buku tu ke muka.. haha..

apa yang aku suka pasal follow video ialah boleh buat senyap2 dalam bilik or kat tempat yang orang takleh kacau.. semua orang pon ada laptop kan sekarang.. jadi, sangat takde masalah pada aku.. plus, takde la malu sangat.. orang perempuan or orang yang badan comel2 ni kadang malu nak exercise depan orang kan. jadi video is the best solution.. 








aku takde la nak suruh korang follow jillian michael.. korang boleh pelbagaikan cara exercise sebenarnya. macam aku, before aku follow jillian michael, aku berlari setempat selama 3-40minit setiap hari.. berpeluh2 tak hengat dunia.. until i reach about 68kg, baru aku start follow jillian michael.. susah gak nak follow dia sebab dia banyak buat lompat bintang and push up.. 

untuk perempuan, tolongla jangan takot untuk exercise.. takot jadi bulky katanya.. susah tau nak jadi ketul2 macam malik nor tu.. 

happy exercise.. :)

Wednesday, February 20, 2013

ber-diet



aritu ada beberapa kawan aku tanya pasal diet.  

i want to share with you a few tips la untuk diet yang aku amalkan. 

sebelum mula diet, u need:

1) determination. kalau nak start diet, niat kena betul.. untuk apa you diet.. untuk sihat ke, untuk lawo ke.. untuk kekal muda ke.. so, kena cekalkan niat tu.. 

2) do your homework.. google everything about diet that you should/want to know.. tak kenal maka tak cinta.. 


plan diet yang aku suka:

1) south beach diet

kalo nak instant, amalkan south beach diet.. fasa 1: 2 minggu sahaja diet strictly makan PROTEIN + sedikit fat sahaja.. then boleh start amik carbs.. tu pon carbs yang ada low glycemic index (GI) such as oat, wholemeal, brown rice sahaja.. low GI ialah makanan yang tercerna and release sugar for your body dengan slowly-nya. untuk tempoh diet 2 minggu tu, boleh la goreng tempe, buat sup ayam ke, ikan goreng, sup sayur.. paling selamat, makan lauk pauk sahaja tanpa nasi/roti/tepung/ubi.. ada gak kata, boleh amik carbs.. tapi 20g sahaja sehari.. tak silap, dlm sup campbell yg serbuk tu sahaja dah ada 12g carbs.. so, bayang kan la 20g carbs tu baynka mana.. diet ni, aku tak galakkan sebab u need energy to do everything kan.. 

kesan dari diet ni, mungkin alami pening2 sebab low sugar.. badan akan gunakan lemak2 dalam badan untuk jadi pembakar sebab gula takde, dia perlukan masa 3-4 hari untuk proses tu mula.. so, kalo baru buat 2 hari, then tak tahan, tak guna gak sebab badan kau tak start pon lg proses ketosis tu.. aku tak pernah cukup dua mggu.. slalunya 4 5 ari paling mksimum.. hahaha.. 

2) calories in < calories out
diet ni base on calories intake.. yang ni kau perlu amik tau pasal jumlah calories makanan.. 1st step ialah calculate nilai kalori yang diperlukan badan untuk maintain berat badan sedia ada.. kau perlu deduct 500kcal/day dari kalori yang ko perlu kan utk maintain tu.. which by end of the week, kau akan reduce sebanyak 3500kcal which equal to 1 pound of weight.. iaitu lbh kurg 0.5kg.. kalau agak2 nak reduce 1kg, kne la deduct lebih kurg 7000-8000kcal per week dari total kalori yang perlu dimakan untuk maintain.. 

yang ini lebih healthier sbnrnya.. yelah.. dia takde had kan badan kau untuk solely feed on protein.. ni aku bagi link untuk kira calories yang diperlukan yang sesuai dengan ketinggian, berat and umur. http://www.freedieting.com/tools/calorie_calculator.htm perlu diingat, bila dah lose weight, nilai kalori yang diperlukan pun start berkurang. so, u have to be alert n slalu tengok nilai kalori u amik sesuai tak dengan ur current berat..

ok ni tips2 tmbhn..

1) stay away from fast food.. n process food.. kita nak sehat kan.. makanan2 mcm tu, byk garam.. nanti badan contain byk air..

2) minum air at least 2 liter per day.

3) exercise itu optional. tapi kalo nak exercise, u can start by doing cardio.. cardio tu macam berlari, berbasikal.. kalo badan dah lose weight banyak, baru kita start toning which macam angkat berat tu sume.. ekceli lg elok combine kn.. sebab after exercise tu, if kau buat heavy exercise, badan akan continue membakar.. tu d panggil after burn effect x silap.. exercise can help to reduce about 100-400kcal.. depends on intensity of ur workout. macam aku, aku suka indoor exercise je.. sebab, kasut sukan takdak.. nak gi tempat jogging pon 1 hal gak. better indoor jek.. indoor ni terpulang, ada yang pakai threadmill, crosstrainer, bicycle. untuk aku, aku cepat bosan dengan berbasikal. aku suka lagi ikot video, pakai youtube jek untuk buat exercise. yang jadi pilihan aku ialah jillian michael 30days shred. 

4) ada org kata minum kopi setengah jam before exercise help to burn more.. wallahualam.. dari pengalaman aku, aku rasa lebih mudah sikit nak buat exercise.. and badan tak cepat penat.. 

5) kalo badan sakit2 after exercise, samada sebab tak warm up or bdn ko x cukup air sebenarnya.. muscle dehydrate.. sebab tu penting minum air..

6) ok.. jangan minum air manis.. amalkan minum air suam.. pengambilan kalori kau akan jimat sebanyak 50-100kcal lebih kurg.. n trust me, air suam sangat la best.. ko akan suka air suam.. hehe..

7) kalo exercise, make sure more than 20-25 minutes.. sebab tempoh tu ialah tempoh d mana muscle kau gunakan all the sugar in blood stream.. kalo kau stop before tu, dia tak sempat nak bakar lemak kau pon.. huhu..

8) perlu ada cheat day to indulge urself for dieting n working hard.. contohnye, setiap ari ahad.. kalo teringin nak makan kek, perlu pujuk diri sendri n cakap, takpe.. nanti hari ahad aku pergi beli 1 slice.. or teringin nak makan eskrem, tggu cheat day mggu dpn baru leh mkn.. berdisiplin and jimat duit juga.. hehe..

9) amalkn berkongsi makanan.. kadang2 tekak kita ni teringin nak minum air manis.. pada aku, cukup 1 sip.. yang lebih, aku bagi adik aku.. haha.. same goes to eskrem or kek.. aku akan share la.. kalau agak2 rugi sebab makan sikit, baik takyah beli terus. 

10) tepung yg bergoreng, sangat menakotkan ok.. avoid.. haha.. pisang goreng pon tggi kalori..

11) jangan biar kan diri berlapar.. agak2 lapar, sental oat, wholemeal or air putih.. tapi tolong jangan biar lapar.. sebab nanti body kau akan ingat kau tak cukup makan.. dan dia akn try conserve lemak2 dalam badan.. kalo lapar malam2, amik minuman oat.. atau buah.. oat tu, boleh masak jadi bubur gak.. letak la ayam, ikn bilis, stok ayam, sayur.. sedap gak..

12) kena clear up ur peti ais dari makanan yang manis2.. kalau dalam peti ais ada buah2an je, nak tak nak kalau lapar tengah2 malam, kene la makan buah je.. kalo menyampah makan buah, buat la oat.. hahahaha.. oat tu cmpur susu tepung dutch lady honey.. leh la telan.. tapi mungkin ada orang suka oat kosong.. 

13) tolong la ganti roti putih dengan wholemeal.. kalo petang2 lapo, kunyah wholemeal smbil tgk tv.. hehe.. pastu telan air byk2..

14) tido awl k.. ni boleh elakkan dari kau menyelongkar dapur n peti ais..

15) takyah la timbang selalu. once a week ok. tu pon time pagi. contohnye setiap ari isnin pagi before breakfast. hari permulaan diet utk minggu tersebut.

16) read the labels.. aku rasa dulu pon aku pernah cakap macamane nak diet and salah 1 benda yang penting ialah label. kalo kau baca pringles punya label, ko akan nampak betapa menakotkan pringles tu untuk orang berdiet.. kalo teringin nak makan, boleh je, bersederhana lah. 

17) consistent. mana2 diet pon takkan berjaya kalau tak consistent.  

akhir kata.. susah nak diet.. banyak cobaan dan dogaan.. nak2 dari orang keliling.. haha.. kadang2 orang tak paham, orang kata takyah diet.. tapi tu sume keinginan kita.. agak2 nak lawo, comei, awet muda, kena la jaga mkn.. aku kadang suka tengok cite2 mat salih.. tengok awek body cun.. kasi sedor diri sikit bila dah lupa pasal diet.. hahahaha.. lagi 1, seyes ar.. bile dah kurus, kau akan nampak lebih muda.. hehe..

susah juga nak ubah pola pemakanan kita.. tapi cuba la dulu.. mungkin tekak kau rase tak lalu.. tapi, think what best for ur body.. ur mind control everything.. 

diet ni perlu beterusan. bukan program untuk beberapa bulan. huhu.. aku harap aku boleh kekalkan gaya idup sihat ni.. 

its all about lifestyle.. 



peh2.. i guess u can guess mana satu ialah aku.. haha.. 1st pix time ni aku rse berat aku mau 80 kot.. haha.. skrg ni banyak kurang dah.. 

Thursday, January 3, 2013

2013: resolution

haluuuuuu 2013!

ok.. this year resolution.. hurm.. 

1) be a good servant of Allah swt
2) be a good daughter to mak ayah
3) be a good sister to my siblings
4) abeh kan stadi - ini serius!
5) kerja cepat2 - ni pon serius
6) be a good gf to inche bulat
7) capai berat 55kg? hahahaha.. 
8) be a good fren to my besties~
9) be a sweet gentle yet strict woman.. ha.. giteww... 
10) risik.. ehhhhh?? ngahahaha.. sape cpt dia dpt.. :P

ngahaha.. ok yang last tu saje gedik ngan korang.. huahaha.. apa lak aku nyer resolution.. takkan aku yang gi meminang inche M kot? leh gak kalo nak.. huahaha..  

tu je kot.. perihal stadi.. serius i pray to Allah swt to give me strength.. coz i need it.. my heart is dull.. dulu takot tapi sekarang, redah aja la apa yang berlaku.. what u give u get back la kan.. kalo ko malas, ko dapat la bahana dia.. tu je makan dia.. 

ok dah.. back to work.. and work out.. ngahaha.. 

salam~