Wednesday, August 25, 2010

surat chenta

hmm..

surat chenta dh pupus ke?

disebabkan chenta tu semakin dekat digapai, hanya sms sahaja yang dilayangkn acapkali..

oh.. ruginya kita..

kamu tak rasa rugi ke seperti yang aku rasa??

begitu pendek ucapan chenta di sms..

klo taip lebih2 kang kena bayo lebih 1 sen.. kan2?? kedekutnya! takleh blah klo dapat pakwe yg berkira macam tu! huhuhu..

technology can kill the romance.. cewah ayat tak hengat!

p/s: kawan aku cakap, kawan2 lelaki dia yang baik ada ramai.. tapi yang single, almost takdak! waaaa~~ dasat2..

Wednesday, August 18, 2010

anak melayu yang layu

lately ni, seyes cakap, aku sangat sensitif.. nampak bawah ni pon nak nangeh..


sian mak itik tu.. toleh2, anak dah takde.. pastu anak dia mesti dalam ketakutan.. mesti dok berbunyi2 but there's nothing she can do.. oh.. feel like crying when we become helpless.. mungkin itu yang mak itik rasa.. she juz can listen while her children been drifted more far away in the drain.. lalu terbayang la pulak aku baby2 yang dibuang di merata2 tempat dengan tidak berperikemanusiaan.. aduh.. dunia.. apa yang telah terjadi.. mak itik pon sayangkan anak walaupon takde ijab dan kabul di dunia mereka..

T_T

aku sangat sokong hukuman yang akan dijatuhkan bagi sesapa yang terlibat..

hmm.. ekceli tujuan aku menulis ni sebenarnya aku ternampak ada satu vid yang kawan chinese aku share kat wall facebook.. dia tulis kat situ,

"WTF"

anda sendiri tahu maksudnya..

dan kawannya post komen,

"What the use of covering up?"

apa yang aku cuba sampaikan ini bukan kaitan dengan racist bila saya menyebut chinese..

tapi ini berkenaan dengan maruah orang melayu itu sendiri..

malu sangat tengok video tu.. dipost oleh bangsa asing..

Allah swt.. apa nak jadi dengan anak bangsaku? budak2 lagi tu..

T_T

nak menceritakan video tu pon aku malu..

nak2 lagi dibulan puasa ini..

mana lah tak terjadi nya kes buang bayi..

aku jadi takut untuk mempunyai keluarga..

adakah anak2 aku pon akan jadi begitu?

tanpa pengetahuan aku.. mereka jadi begitu..

aku tak sanggup..

bertudung tapi amat mudah dinodai.. mana pergi rasa malu?

bangga kah kamu bila muka kamu tertayang sebegitu di alam maya??

hmm.. aku sangat jiwa kacau dengan bangsaku..

T_T

p/s: kawan2 ku.. or blog-walker.. tolong la.. didiklah anak kamu setegas mungkin.. dan binalah disiplin dalam diri mereka.. biarlah mereka menjadi orang yang berprinsip dan bermaruah..

ada kawan aku pernah cakap,

dari mereka baby sampailah ke umo 5 tahun, layan la mereka macam raja

dari mereka bersekolah rendah, pukul lah mereka kalo buat silap.. sama juga dalam Islam, kalo umo 7 tahun tak sembahyang, boleh rotan..

dari umo 15 dan ke atas, jadilah kawan baik mereka..

ini tidak.. tunggang terbalik aturan tersebut.. mana tak dunia pon tonggang terbalik..

rindu padanya

xleh blah ar lagu ni tetiba play kat player aku.. membuat jiwa aku kacau pulak.. huahaha..



semalam orang yang wat ati aku dup dap dup dap tu call.. ntah apa mimpi.. tapi diselitkan juga perkara formal dalam perbualan.. hehe..

pagi2 dah dapat mesej dari no yg tak diketahui.. frankly, ada sedikit berharap ia adalah that guy.. tapi it turn out to be orang lain yang ntah sapa2.. apa2 lah..

yang pasti, aku banyak kije..

chow..

p/s: seyes lagu tu membuatkan aku terus nak berblogging ni ha.. ciss..

Monday, August 16, 2010

craving for trifle!

OMG.. aku sedang melihat resipi trifle kat internet.. gila la khai! tengah puasa2 ni.. dok craving lak benda2 yang nampak sangat sedap nih.. huhu..

buat yang tak tahu trifle tu hape, gi la google.. hohoho

ok2.. takyah google.. ni aku dah google kan korang.. hehe..


makanan ni selalu di serve di negara omputih.. britain lebih spesifik.. ok.. seyes aku terasa nak wat bendalah ni kalo ada can.. hehe.. NAMPAK macam mudah.. nampak jek.. huahaha.. try buat.. aku nak tengok mudah ke tak..

dari pembacaan aku ar trifle ni consist of fruit, sponge cake, custard/jelly..

base dia kne la ltk sponge cake tu.. bukan spongebob ye.. hehe.. then pour with fruit juice until soak.. klo kat negara depa, depa letak alkohol.. untuk kita, kita letak jek fruit juice.. hehe..

then, letak ar buah2an.. pastu letak ar custard.. letak jam ke.. letak jelly ke.. then ulang layer2 tu sampai la reach the top of the bowl.. then nak letak whipped cream pon ok.. hias la ngan slices of fruits macam raspberry ke, strawberry ke.. even our tropical fruit pon ok.. hakhak..

ciss.. cakap pandai.. diri sendiri bila ntah nak wat.. hakhak..


Sunday, August 15, 2010

dugaan times square..

ouh.. hari ini aku gi times square ngan adik aku and kawan2nya..

hehe.. seperti biasa, biarlah aku berkongsi cerita pasal apa yang terjadi di komuter..

komuter ni, ko leh tengok macam2 jenis orang.. yang boleh wat ko gelak dan jugak membuatkan ko jelik..

masa aku tunggu train di hentian serdang, datanglah sorang perempuan kurus, berambut pendek, di yakini cina, meminta2 duit dari orang2 yang sedang menunggu tren..

aku tak tahu lah korang pernah jumpa ke tak minah ni, tapi ini 2nd time la aku jumpa dia..

aku kalo boleh takmo langsung didekati oleh dia..

sebab apa?

hmm.. pernah skali tu, aku baru je balik dari times square.. sedang menunggu tren di bandar tasik selatan untuk ke serdang.. aku sedang duduk sambil tangan dok syok2 type kat nfon, sorang minah ni berdiri betul2 depan aku sambil menghulur tangannya.. aku terus pegang erat nfon aku.. takut.. kemudian dia mula bersuara,

"bagilah saya duit.. saya nak beli selipar.." sambil tunjuk ke arah kakinya..

aku bercakap dengan nada yang biasa sambil geleng2 pale, "taknak2"

then minah ni, "HA?? TAK DENGARLAH!"

pergh! sukati je kan?? aku dah geleng2 tu takkan ler tak paham kan?? malu haku taw sebab suara dia yang tinggi tu.. hukhuk.. time 2 aku dah hangin dah.. dah ler aku penat.. (baru pas derma darah dan berpoya2 di TS).. dok kaco2 aku lak..

"Bagilah saya duit.. tengok mata saya macam ni.." dia masih lagi meminta.. sambil menunjukkan ke matanya pula..

aku menggeleng lagi.. "TAKNAK" aku pulak yang cakap kuat.. (tapi tak berapa kuat pon.. haha..) berani2 ayam jek tu.. cuak tau.. wuwu.. sesorang kan.. dah la dah malam.. tu la.. padan muka aku..

pastu die bebel apa ntah aku tak dengar dah.. yang pasti sume orang dok bercakap pasal minah tu sambil pandang2 aku gak.. kesian kot ngn aku.. huahaha..

***

then arini aku jumpa minah yang sama.. kali ni, nak pergi ke times square lak.. aku rasa aku memang takleh g times square ar.. ada je jodoh aku ngan minah tu.. isk2..

tapi alhamdulillah.. kali ni, dia tak kaco aku.. tapi kaco pompuan melayu yang bertudung labuh pula.. mungkin pada dia, golongan perempuan melayu yang nampak innocent ni senang digertak.. (aceceh.. read within lines k kengkawan.. INNOCENT.. i la tu.. huahaha.. ) yela.. cuba die mintak kat brader2 yang agak2 muka garang tu, berani ke???

yang tak leh blah, siap bagi salam sebelum mintak duit tu,

"Assalamualaikum!"

bila budak tu taknak kasi, dia cakap,

"MASYAALLAH!"

pergh.. sabo je aku.. macam aku kena aritu ar.. suka orang tu ar takmo kasi.. ko psiko2 lak cakap kuat macam tu..

then dia gi ke auntie yang dok depan aku.. dia mintak dari auntie tu lak.. auntie ni baik.. auntie ni tanya,

"Nei kaw cho ah?" aceceh.. sebagai rakyat malaysia yang berintegrasi ngan banyak kaum, aku paham ar apa dia cakap.. dia tanya.. "Ko kenapa?"

pastu minah ni bebel2 apa ntah aku tak paham.. kosakata aku terhadap bahasa cina tak sampai tahap tu lagi.. hahaha..

then auntie tu kuarkan duit singgit2.. kebetulan budak sebelah auntie tu turun kat stesen mid valley, minah tu pon dok ar sebelah auntie tu.. auntie tu dok borak2 ngan dia.. auntie tu pon tnye,

"nei amma lei? appa?" ---- mak ko? ayah?

"sey cho la.." ---- mati dah..

"nei achey lei?" ---- adik beradik perempuan?

"Ka chey ar? sey cho.." ---- kakak ke? mati dah..

"Key fan?" ---- kawen?

"mow wa.." ---- tak..

pastu dia dok bantai cakap hape ntah aku tak paham tapi ada perkataan "low-yan" aku bajet dia cakap "takmo kawen.. sebab aku tak macam pompuan... " haha.. sukati aku jek.. aku dok sengih sorang2.. aku suka macam tu kan.. haha.. plenty of things lingers in my head.. hahaha..

pastu dia ada sebut perkataan "taa" yang bermaksud, pukul.. hmm.. wonder what dia cakap.. mungkin dia komplen ada orang pukul dia.. hmm..

"hai pin ar?" ---- nak gi mane?

aku tak dengar lak auntie ni balas apa..

"siew sam ti la, auntie.." ---- hati2 auntie..

baik gak minah ni..

haih.. kehidupan2..

p/s: bila baca balik entry aku ni, macam aku lak jahat sebab tak bagi duit.. huhu.. tapi korang patut tengok cara dia approach orang.. tak tahu la macamana nak cakap.. tapi ko akan rasa macam ko sedang di ugut oleh seseorang yang macam gangster.. seyes cakap.. takut beb.. huhu..

Friday, August 13, 2010

hangin kus-kus


yaAllah.. ko sabo kan lah ati aku ngadap budak2 nih..

aku tak suka ar assist kelas undergrad untuk sem ni..

dari minggu lepas mereka2 dah start menaikkan darah haku.. huuu..

ok.. btw, aku bukan seorang yang ringan mulut.. mulut aku ni, ada emas.. jadi, aku marah ke tak ke, memang aku susah/TAK KUASA nak bercakap ngan orang yang takde kaitan ngan aku..

hmm..

gini citanya..

minggu lepas nyer klas, a bit tak teratur la.. sebabnya ialah, suma2 pc kat lab comp tu dah ditukar pada mic office 2007.. jadi, Dr. aku pon x bapa nak teror guna access 2007.. aku lagi ar.. taknah bukak pon yang access 2007.. almaklumlah.. dua2 old school.. huahaha..

aku and Dr. aku beriya belajar Access 2007 tu.. aku dok belakang skali.. aku leh nampak ar budak2 ni nyer skrin kan.. tapi, mostly, sume dok main2.. bukak facebook la.. saja aku tak sound.. sebab aku pon nak mahirkan guna 2007 tu.. kang diorang tanya2, tak dapat jawab.. takpe, aku bagi can korang bukak apa je korang nak bukak.. nanti next class, jangan harap ar..

sepatutnya, diorang pon sama2 lah belajar benda baru.. tapi ni tak.. yang dok kat blakang, betul2 depan aku, lagi macam harammm.. dok potong2 sayur lak di dunia maya.. pergh.. aku jeling, ckit pon tak ketaq.. takpe2.. aku takde masa nak tegor ko.. buang karen jek..

tapi minggu ni, jangan harap ar.. Dr. elok je laju explain kat depan, depa leh dok maen2 kat blakang.. memang nak kena tembak sekor2..

yang tak leh blah budak yang potong2 sayuq tu dok sebelah aku arini.. aku dok tengok skrin dia.. amboi2.. koleksi scarf lak yang dia tengok.. pastu, terkial2 nak bukak access.. memang SHITtake btul ar dak tuh.. bila aku tanya, ok ke tak.. (punya la baik aku leh tanya2 lagi.. aku ingat nak sound jek.. sabar2), dia leh wat dek jek!! kawan dia yang cakap ok.. ahh.. lantak kau la! aku pon berjalan2 menjalankan tugas aku sebagai penerima GRF..

budak2 kat depan ok.. yang kat blakang tu jek saja nak cari pasal ngan aku.. pasni depa wat lagi perangai, aku nak tanya nama sekoq2.. tengok ar markah assignment korang macamana..

seyes untuk kelas arini, aku hampir nak g depan and nak sembur sekor2.. walaupun agak ketaq, tapi macam nekad gak nak wat.. nak ugut2 gak pasal markah asignment.. tapi Dr masuk awal lak arini.. ciss.. terselamat korang..

Dr. dok explain kat depan, aku lak dok mencari sapa yang bukak facebook kat blakang.. ada ar 2 3 orang yang aku tegur.. sebab melampau sangat.. last week nyer class, kat skrin, kosong jek.. takkan class arini pon nak wat benda yang sama.. memang LEMAK ar korang.. yang lain2 pon ada gak bukak tapi stil leh dimaapkan..

budak2 ni bukan apa.. sumanye nak spoon feed.. apa korang ingat ini sekolah??

ini baru sistem maklumat.. lom lagi korang amik subjek statistical analysis and experimental design.. try ar wat SAS.. apa ar sangat bebanding access tu..

ruginya seseorang itu bila dia mengabaikan ilmu yang diajar didepan mata..

nak cari sendiri kompem ar malas kan, ni yang depan mata pon taknak ambik.. bodohnya kamu..

haih.. sabo2.. klas mggu depan aku nak tegur budak yang wat dek jek ngan aku tu.. doakan aku k..

p/s: saja letak gambo lelaki kacak.. aku tau ada orang yang suka.. huahaha.. :P

Wednesday, August 11, 2010

Kekasihku



aku suka lagu2 maher zain.. current fav artist.. suka tengok MV ni.. penuh dengan mesej.. terasa rindu yang amat dengan baginda Rasulullah SAW..

T_T

Monday, August 9, 2010

lebih dari kata2

hehe.. tiba-tiba teringin someone nyanyikan lagu ini untuk aku..



ada sapa2 yang nak nyanyikan untuk saya tak??

p/s: uish.. brapa banyak daa post aku untuk 8/9/10 ni.. pecah record ni.. ngahaha.. sila bersabar dengan saya.. saya tengah biol..

menjelma jadi mesin pewangi

ok.. kul 10 tadi aku dah diganggu oleh mamat iran yang sibuk bertanya itu dan ini tentang supervisor aku.. tanya itu dan ini tu ok lagi.. tapi bau nyer.. masyaAllah.. aku leh pengsan derr.. dah ler diri sebelah aku.. kalo dia dok jauh, aku ok la lagi.. takde ar bau pon..

dia kuar jek aku dah spray2 ambi pur aku..

then dalam kul 12 tadi, elok jek aku kuar, dia masuk lagi.. jumpa abang long.. ok.. lantak kau la.. janji aku dah takdak kat opis nak cium bau ko.. hakhak.. aku nak bau alam sekitar pulak..

dalam kul 1 lebih, aku pon berjalan la pulang ke opis ni.. kat luar aku dah intai dah, abang long sorang je ada.. tapi tetiba aku terbau bau mamat iran tadi... pergh.. kuat gila sampai ke luar leh bau..

bila aku bukak jek pintu, bukan mamat iran tadi yang ada.. tapi ada sorang minah iran ni yang aku dari dulu takleh blah ngan dia sebab berbau, dok tercongok bawah air cond.. patut ar bau sampai luar..

seyes aku rasa takleh bernapas.. adoiyaii.. macamana la diorang leh tahan bau badan diorang???

aku tak selesa di opis aku sendiri.. kenapa kau perlu ada?? dah dekat 1 sem aku tak jumpa kau.. pergh..

aku chat facebook ngan adik aku.. adik aku leh bantai tanya,

"budak iran tu watpe?? jual karpet ke??"

huahahaha.. adeh2.. adikku.. mereka bukan macam bai jual karpet tu.. yang jual karpet tu tak pernah pon bau kambing macam ni.. adoiyaii..

ok2.. mungkin aku patut jawab kat adik aku,

"bukan jual karpet tapi jual kambing.."

sila lah pergi mandi.. Malaysia ni lom sampai tahap padang pasir lagi.. kalo agak2 tak mampu, petang2, gi je berjemur kat tengah padang tu.. mana tau, tup2 ujan turun.. free je mandi air dari langit.. takyoh bayor derr..

p/s: aku dah jadi macam mesin pewangi automatik tu.. yang spray2 ikut timing yang kita tetapkan.. hebat ar aku.. hahaha..

stock clearance


kadang2 aku rasa diri tak cukup rehat..
kadang2 aku rasa aku yang banyak main2..
kadang2 aku rasa 24jam itu tidak cukup..
kadang2 aku rasa aku perlu lebih masa untuk segala2nya..

hmm.. tensen bila memikirkannya..

oh ya.. aku mmg banyak main.. poya2.. facebooking.. dan mencari cinta.. ok yang last tu tipu.. haha..

kerja, malas gila nak buat walhal dah beratur dah atas meja mintak di settle kan.. hmm..

jadi, di kala ini, akan berlaku kekacauan jiwa yang amat dan selepas itu, aku rasa aku perlu buat stock clearance.. aku akan try lupuskan benda-benda yang sedikit sebanyak menyerabutkan jiwa dan kepala otak aku..

salah satu benda yang aku buat ialah mereject orang.. aceceh.. ko pikir ko hot dok reject2 orang?? hahaha.. saya tak hot, tapi ada la gak tarikan.. kan2?? sila jawab kalo anda tertarik dengan saya.. haha..

sapa kata reject orang sangat senang.. kalo la orang tu aku tak kenal dan tak bersopan ngan aku, leh ar aku sound je terus.. kalo orang tu sopan tapi sedikit menggatal, tak ke susah nak sound.. berkurun berkulat dah, baru reti nak reject.. hmm..

apa-apa pon, aku berasa sedikit lega selepas itu.. tapi jiwa memang ada sedikit serabut lagi.. adakah aku perlu deactivate facebook aku? hehe.. not to that extent.. masih boleh dikawal.. aku pernah alami yang lebih amat teruk lagi..

oh.. dan aku tak paham kenapa ada sesetengah manusia perlu sampai menukar no fon selepas jadi peristiwa seperti break up dan bergaduh ngan member.. sangat tidak matang OK.. leh hilang ke masalah bila tukar no fon??

pernahkah anda fikir yang anda akan menyusahkan orang2 yang menyayangi anda bila anda menukar no fon anda?? penat tau nak save2 balik.. huhuhu..

paling tak matang, lepas tukar, kaco lagi ngan no baru.. then bila kena marah lagi, tukar lagi no baru.. ciss.. bila nak selesai daa.. asik tukor no jek.. gi ar bercucuk tanam ke, ada gak paedahnya..

salam..

Inception


inception..

aku tengok cite ni kat dataran pahlawan sabtu aritu.. nak harapkan aku gi mines or mid valley or mana2 tempat yang membuatkan aku naik public transport, toksah ler..

aku ada satu rasa fobia di dalam jiwa.. hmm.. ok.. takmo cita pasal ni..

inception.. cite panjang berjela macam hindustan tapi ko tak sedar pon, masa dah berlalu 2 jam lebih.. ok la kan tu.. sebab dia tahu macamana nak buatkan ko terus fokus terhadap cerita.. kecuali ko ada panggilan alam yang membuatkan ko keluar ke toilet.. rugi2.. sebab kalo terlepas je 5-10 minit cite ni, ko dah start tak paham dah.. hakhak..

basically, its about mission to implant idea pada seseorang dalam mimpi tanpa dia sedar..

ok.. what if aku kata ngan korang, "jangan pikir pasal gajah"

of coz korang dah terus pikir pasal gajah kan?? and sapa cakap jangan pikir pasal gajah? aku kan.. jadi, ko tau dari mana sumber yang menyebabkan ko pikir pasal gajah..

jadi sekarang, diorang nak letak idea pasal 'jangan pikir pasal gajah' tanpa ada sumbernya.. ia perlu bercambah dari pemikiran orang tu sendiri..

dalam cita ni, orang yang perlu diorang implan idea itu ialah anak seorang ahli perniagaan.. ideanya ialah untuk memusnahkan empayar yang dibina oleh ayahnya..

jadi diorang start masuk dalam mimpi anak ahli perniagaan tu.. ada 3 stage yang diorang perlu masuk.. jadi sedatif yang diorang guna sangat kuat.. jadi diorang memang perlu cekap la.. kalo tak, diorang akan tua dalam mimpi.. conflict dalam cita ni ialah hero sendiri ada masalah macamana nak control projection yang muncul dalam mimpi dia especially projection bini dia yang selalu kaco mission dia..

jadi, yang lain-lain, tengok sendiri la ye.. hakhak.. ending a bit confuse.. tapi aku rasa, dia masih bermimpi.. ;P

oh btw, aku rasa kalo korang tengok cite ni kat pc or beli cd haram and tengok ramai2, korang takkan enjoy kot sebab cita macam ni sesuai tengok kat wayang jek.. hakhak..

Friday, August 6, 2010

aku ingin menangis



hmm.. tidak tahu bagaimana mahu menulis entry ini..

tadi ketika makan tengahari, dikala masjid memanggil umat2nya untuk mengerjakan solat, terdapat beberapa orang lelaki yang langsung tidak mengendahkan panggilan tersebut.. terus menerus berborak-borak dan tergelak-gelak.. dan kemudian langsung tidak pergi sembahyang Jumaat.. tidak kah mereka berasa malu? dimana mereka letakkan keistimewaan yang diberi kepada mereka pada hari Jumaat??

hmm.. hilang respect aku terhadap mereka..

dah la masa aku beratur beli makanan, dia sama sibuk menegur2 aku, macam la dah lama kenal.. haih.. lelaki2..

aku berasa sedih.. kenapa perlu lelaki jadi sebegini? bukankah mereka sepatutnya dilihat sebagai kaum yang sangat bertanggungjawab dan dihormati? ini tidak.. aku asik sahaja berasa tidak puas hati terhadap mereka.. tolonglah jangan meletakkan diri kamu dikalangan orang yang aku pandang serong dan rendah martabatnya.. kerana aku memandang kamu sebagai ketua2 keluarga yang akan menjadi tunjang kekuatan agamaku yang mulia dan akan kamu pimpin dan bimbing..

wahai saudara seagamaku.. saudara lelaki ku.. berat sungguh tanggungjawabmu.. aku tahu itu.. tapi, bebanan yang kamu rasakan itu, aku rasa sungguh istimewa buat kaummu.. ia yang menampakkan kegagahanmu dalam memelihara agamamu..

ye.. aku memang seorang wanita biasa.. yang tidak bertudung labuh, berstokin dan tidak pandai berbicara tentang agama.. tapi aku kenal agamaku.. halal haramku.. aku mempunyai dan menjaga peganganku yang aku rasa mungkin lebih teguh dari sesetengah wanita bertudung labuh.. aku inginkan seorang lelaki pekerti seperti Nabi Allah Muhammad.. tapi aku tahu aku tidak sebaik Khadijah dan aku terlalu rendah tarafnya berbanding kekasih Allah swt.. memadailah bagi aku jika lelaki yang bakal menjadi teman hidupku seorang yang sepertiku dan lebih sedikit ilmu agamanya untuk membimbing aku..

dan tolonglah hormati kaum wanita sebagaimana kamu menghormati ibu kamu kerana satu hari nanti kami akan menjadi ibu kepada anak2mu.. aku akui, perempuan kadang2 lalai dengan pujian lelaki.. jadi aku minta, dengan akalmu yang 9 itu, bertegaslah dengan kami.. cukup2lah memuji kami.. cukup2lah mengusik kami.. simpanlah segalanya sehingga ijab dan kabul terlafaz.. maka, mulialah cinta kamu di sisi Allah swt..

dan sekali lagi aku ingin menangis mengenangkan perangai kamu.. terbayang pula anak2 yang bakal lahir dari rahimku.. minta di jauhkan puteriku dari kamu dan minta dijauhkan puteraku berperangai seperti kamu..

aku benci..

Tuesday, August 3, 2010

hubungan?


Tadi, cik L.R tiba2 mesej saya dan bertanya, "Contact dalam BM pe ek? Hubungan? Hahaha"

ok.. thats sounds funny.. hahaha..

seyes aku terasa macam BM aku berhabuk gila.. contact in BM is hubungan ek? hahaha.. mintak maap L.R.. saya pon kurang bijak tentang hal tafsir2 ni.. hehe..

hmm.. susah la bila nak tukar BI-BM untuk ayat formal or bila ada special term..

tapi kalo takat ayat harian, insyaAllah, masih boleh ditafsirkan.. hee..

oh.. semalam saya telefon adik saya..

dia cerita pasal camp JENESYS tu sangat2 la enjoyable.. and guess what, one of the fasi make announcement that said,

"Please dont speak with British ACCENT.. we CANNOT understand you"

huahaha.. hamik ko setepek.. everybody know who he referring to.. that PAPA-LI GIRL of coz.. hahaha.. ok.. tabaek gelakkan orang ok..

enuff about that girl..

my sis cakap dia tak dapat jawab one of the question,

"what is the name of old capital of Hokkaido?"

hmm.. kalo aku pon aku tak dapat jawab kot? huhu..

pray for the best for her.. tapi kalo dia tak dapat pon takpe coz she said that she met good frens during the camp..

salam

Sunday, August 1, 2010

antara chenta dan kaseh


before the briefing start, orang dah start penuhkan dewan.. ada jugak yang datang tanpa mak ayah coz adik aku kata dia terjumpa someone yang travel by bus alone, from Penang.. a chinese girl.. wow.. sangat kagum ok..

disebabkan kebosanan yang melampau, kitorg start la perhatikan ragam family2 and anak yang dapat gi 2nd interview ni.. semua muka berbangga.. haha.. termasuklah aku..

then, there is a bunch of malay girls duduk betul2 belakang aku, aliya and adik aku.. then, yang takleh blahnya, they all speak english with a slang.. ok.. nampak tak aku besarkan perkataan tu.. haha.. ntah la.. aku pon tak tahu apa masalah aku yang tak suka bila bangsa melayu cakap english sesama melayu.. its like, hell! mana gi bahasa melayu ko? hina sangat ke sampai sepatah BM pon ko takmo cakap? orang melayu sendiri tidak memartabatkan bahasa melayu.. hmm.. tau ar dapat 2nd interview kan..

hmm.. aku sendiri pon masih jiwa kacau dengan bahasa inggeris ni.. coz i like to learn and feel happy to be able to converse in english but then, i still love and respected my mother tongue.. macam cinta tak? antara cinta dan kasih.. susahkan?? haha..

aku and aliya dok nganjing2 dalam tidak sedar.. tergelak2 akan kealpaan mereka yang lupakan bahasa ibunda mereka..

"aku lepas ni nak makan sambal belacan depan tv.." aliya berkata.

"aku tak suka makan cheese ni.. aku bukan mat salih" aku menyahut.

aku, aliya and echa tergelak2.. hahaha.. takda keje.. dengan budak kecik pon nak carik gaduh.. haih.. dan kemudian kami hanya mendiamkan diri.. malas untuk bercakap-cakap..

tiba-tiba perbualan mereka ini membuatkan kami memasang telinga

girl 1: you call your dad abah?

girl 2: i call my dad, papa li..

girl 3: oh.. why is that?

girl 2: coz when my brother was young, he cant pronounce zulkifli. so we start to call papa li.

dan mereka gelak dengan menyampahnya.. hahaha..

then aku tergelak sesorang sebab terpikirkan sesuatu.. hakhak.. aku pon taip mesej kat handfon untuk tunjuk ke aliya and echa..

"i call my dad papago..
when i want to go to
some place, i juz say,
papa-go.."

dan kami tergelak.. hahaha.. to those who doesnt get my lawak, papago is the GPS brand yang kitorang guna untuk sampai ke hotel maluri dari serdang.. papago ni adik beradik ngan garmin etc.. hehehe.. kalo still tak paham, takpa.. lampi tol korang ni.. hahaha..

sukati ko je kan panggil papa ko macam tu.. as if ko ada papa lain.. eg: papa la, papa lo, papa lu.. kalo macam kita, kan papa/ayah/abah/apak is referring to only 1 person.. wat pe nak tambah li tu.. tak pahe gue.. go to hell la ngan adik ko yang tak tahu pronounce li.. dah didik dia cakap BI jek, BM dah tak tahu nak sebut walhal makan sambal belachan.. kalo aku ada adik macam tu, aku sekeh2 sampai dia tahu sebut nama papa..

hehe.. ok.. yang lain, takde apa sangat pon..

parents yang aku jumpa, sangat humble and peramah..

1st parents yang aku approach is ding's mom to say thank you for giving my sis a ride back to malacca..

then masa minum kat meja, ada makcik and auntie ni tertanya2 pasal status kitorang.. haha.. nak nampak macam budak2 yang join afs, mcm tua bangka dah.. tapi nak jadi mak2, macam muda je lagi.. haha.. bila explain anto adik, then baru diorang cakap, patutlah tak macam diorang.. then, aku pon dengan slumber badaknya cakap diorg pon still cantik lagi.. hahaha.. aku pon tak tahu apa aku merapek time tuh.. huahaha.. then jumpa lagi auntie tu dalam toilet.. seyes cakap, sangat friendly and humble.. takde pon nak bantai cakap BI ngan aku.. ciss.. mak ding pon cakap BM je ngan aku.. hmm.. ok.. masih tak pueh ati aku dengan budak2 tadi.. haha..

itu sahaja..

story tamat.. gi tido..

hehe..