Monday, April 29, 2013

Maghrib

azan maghrib berkumandang
hanya setan dan orang ke masjid sahaja yang ada di luar rumah dikala ini 
langkahku laju
tunduk
malu untuk mengangkat muka
melimpasi si tua berkopiah
aargh.. 
aku semakin pantas berjalan
sudah tentu-tentu aku tidak ke surau macam pakcik itu
sudahnya aku ini apa?
setan?
nah.. sampai ke rumah aku sudah berpeluh satu badan
speedy gonzales sungguh
detik hatiku
malam ini aku tidur dengan badan sedikit panas
keluar lagi sampai senja
padan muka

Flat Ikan, 
Sri Serdang

Friday, April 26, 2013

kata

selalu aku membisu
mengharap kau yang mula bertanya khabarku
bila kau mula bicara
aku pula yang lebih-lebih, teruja
pernah dengar lawak harith iskandar?
lelaki hidup dengan 7 ribu perkataan sehari
perempuan pula 20 ribu perkataan sehari 
pulang dari kerja kau sudah kehabisan kuota,
aku pula masih ada banyak lagi untuk dibelanja.. 



hilang vs berubah

i've lost my touch, omputih bilang
bagaimana pula kalau ia tidak pernah hilang
mungkin dikala itu kamu rasakan kamu lah yang paling bijak
mengarang puisi menulis sajak
namun datang ketika
terasa kerdil sekali di muka
segala yang ditulis mahu diolah
segala yang dibaca terasa salah
mana kan sama perasaan sekarang dan karang
selera pun berubah inikan pulak karangan
sudah
hati mulai gundah
patutkah yang sudah tertulis di atas diubah?
inilah manusia.. akal mudah berubah


K
*testing initial.. haha*






Thursday, April 25, 2013

K dan Kali Pertama

Aku hantar cerpen hari tu ke dubook press..

tapi aku tersangatlah bengong sebab brader dubook dah cakap, hantar 3k perkataan.. tapi aku dah terlebih sampai 4k..

and walaupun aku rasa macam typical sikit cerita aku.. tapi, aku gagahkan juga sebab the early part, memang it happen in my life..

alhamdulillah.. kelmarin brader dubook dah emel aku..

dan aku rasa aku menang tipis je untuk dipilih bersama 9 yang lain..

tu pon sebab aku tengok brader dubook dok bising2 kat twitter dia, ada 5 je yang betul2 berkualiti untuk buku Kali Pertama yang akan dia jual di PBAKL nanti..

katanya makwe2 sekarang tak pandai nak mengarang..

even aku pon rasa macam ye ke ni.. boleh hantar ke ni.. berkualiti ke.. at least i beat 30 others.. haha..


K tu la aku~ haha.. 

gi la beli time kat pesta buku antarabangsa nanti k.. 

p/s: brader dubook dok tanya, kau ni jantan ke perempuan sebab email aku 'khai megat'.. haha.. ok sorry.. 

Dia

usah ditanya kenapa gaya penulisan aku berubah.

ini semua gara-gara membaca langit vanilla oleh kak wani ardy.. hehe..

kalau sesiapa yang pergi ke pesta buku di pwtc nanti..

sila lah cari LV..

buku tu kena dengan jiwa..

dan kalau kau tahu tentang kak wani, lagi kau rasa macam nak peluk je dia dan cakap, terima kasih..

untuk apa..

tiada jawapan dari aku..



p/s: inche nyawa yang rekomen buku ni.. tapi aku tengok video ini dulu..

Jaga

hari ini aku kalah dengan perasaan
yang menginginkan percintaan seperti kanak-kanak
meminta kekasih meredah lautan api

heh.. 

otak kita pandai manipulasi
dikatanya engkau tidak akan merasa hubungan kekasih
seperti kekasih-kekasih lain 
dikatanya jika tunggu ke jinjang pelamin
tanggungjawab lebih menanti
nah.. bila pula mahu berkasih?

heh..

datangnya kekasih memujuk hati
bukan tidak ingin
tapi dia perlu berjaga.. 
aku perlu dijaga
hubungan ini perlu terjaga
agar tidak seperti lain

ya Allah..
akad saluran sah untuk berkasih
mungkin aku sudah lupa

siapa kata lepas berkahwin hanya ada bebanan
siapa kata lepas berkahwin kurang kasih sayang
hanya perasaan diulit hasutan yang akan berasa ragu

Kamar, Serdang

Thursday, April 18, 2013

Tahi

Perkara paling tahi ketika exam ialah
kau asik nak buang tahi
duduk dekat dengan tempat orang lain pun nak buang tahi
pastu dengar orang hembus hingus lepas buang tahi
macam tahi!
tapi kau tak fikir, orang lain lagi rasa macam tahi sebab hidu bau tahi kau!


Exam Hall PTD, Hotel Orkid

Friday, April 5, 2013

nutrilite amway - double x

Minggu lepas aku daftar amway..

finally, aku terjebak dengan product direct selling.. haha.. takde lah.. kalau dipikir2, sume brand pon bermula dengan direct selling.. even tesco or jusco tu pon ada direct selling.. cuma masing-masing ada cara sendiri.. 

mak aku yang menggalakkan untuk daftar amway..

bukan apa.. ayah aku dah makan multivitamin nutrilite amway yang bernama double x.. and dia nampak kesan la.. dari pembacaan aku, ramai gak orang puji produk2 amway.. 

ayah aku diabetic.. ciri-ciri orang diabetic ni ialah lemah, lesu.. macam ayah aku, especially tang kaki.. according to my ayah, kaki dia dah kurang rasa kebas2.. alhamdulillah.. 

amway ni bagus sebab product2 dia, organic.. so, cer pikir, kalo kita jenis makan buah2an segar.. buah2an tu sendiri banyak pesticide.. amway, 100% organic.. so, if kita makan supplement nutrilite yang bernama 'concentrated fruits and vegetables', means, kita memang consume vitamins2 dr buah2an sahaja, minus the pesticide.. 

ok.. jom tukar supplements ke amway.. harga tidak lah mahal.. standard harga supplement kat farmasi.. if you biasa ke farmasi and ushar supplement, then you tau la..  

kalau sesapa ada mak ayah yang dah berumur.. boleh la bagi mereka makan supplement.. 

bukan apa.. bila usia dah meningkat, selera makan pun dah kurang.. berapa banyak zat yang mereka boleh consume dari makanan harian mereka.. plus, ada mak ayah yang sakit, kena jaga calories kan.. 

jadi kita sebagai anak-anak, kena la cuba tolong bantu mereka.. 

ha.. ni rupa double x.. 


credit: amway.com.hk

kalau you jenis yang sangat health freak pon boleh consume ni.. 

or kalau tengah strict diet pun boleh.. 

Macam aku, bila aku on strict diet, makanan aku terbatas.. so, kalau nak dapatkan vitamins tambahan, kena la spend money on supplements.. huhu..

actually, yang double x ni, ada sorang doktor cina kat tempat ayah aku biasa jogging yang promot..

that chinese doctor, is in fact amway dealer..

haaa.. ok.. listen.. nak dijadikan cerita, aku dapat tahu yang amway ni ramai doktor and engineer yang pakai..

sebab apa.. selain dari facts yang produk ni memang bagus; organic, go green thingy and natural.. even the detergent can be used to siram pokok menjadi baja, these doctors and engineers jadi dealer amway untuk money la of course.. haha..

when u register as amway dealer, and u spend money on them, amway reward you with point.. and after some level, you and people under you spend money, you akan dapat komisyen dalam bentuk wang.. ok2. certain2 emporium pon bagi gak reward tapi dalam bentuk voucher kan.. and we have to spend money on them lagi.. aiya.. tapi amway tak.. dia bagi cash and cash ni boleh diturunkan ke anak cucu lagi kalau in case, meninggal.. choi2..

tapi tu lah cara amway give and take dengan pelanggan mereka.. nampak macam MLM kan? haha.. yes.. bezanya, dia takdelah soh ko kuar 20k, then dia soh ko jual 10 item yang dia bagi.. amway ni, we just have to switch and use their product.. takyah jual2 barang dia.. unless, macam aku ni ha.. yang sedang berkira-kira nak aktif ke tak dengan amway..

ask me anything kalau nak tanya apa-apa pasal double x ni or apa-apa lah pasal amway.. 

p/s: aku terjumpa video lecithin e product amway yang dapat bind dengan minyak.. ouh.. plus.. tak salah aku, aku dengar kena makan dengan fiber.. kasi cuci dinding2 pewot.. leh kuar time berr*k.. hahaha.. 


p/s lagi sekali.. peh.. 1st time kot aku promot product.. kan kan.. 

Thursday, April 4, 2013

Buang AVG homepage dekat chrome

Kau orang pernah tak install apa-apa program, pastu dia installkan sekali dengan AVG toolbar dekat browser korang. Pastu, korang punya homepage pon AVG yang muncul.. pernah tak?

1st time aku tengok avg ni kat pc adik aku.. semak sey.. dah la search engine dia tak se-se-mart google..

adik aku pakai mozilla..

aku pakai chrome..

tadi benda ni jadi kat aku.. meroyan gak aku mencari solution..

mula-mula aku gi kat Setting ---> Search ---> manage search engine..

dekat situ ada la tercongok AVG and bing selain daripada google.. aku buang dua-dua tu..

aku tengok stil tak ubah apa-apa.. hati sudah start panas..

then, aku gi kat control panel pulak.. tengok internet option.. default homepage aku AVG ke tak.. and jawapannya tak..

so, aku gi kat setting chrome semula.. suddenly aku ternampak sesuatu..

Setting ---> On startup ---> open specific page or set of pages

kat situ aku ternampak AVG..

aku pon pangkah..

yeay.. kawtim..

nanti aku nak check kat setting mozilla adik aku.. ;)

p/s: asal tetiba aku post pasal teknologi ni.. hahaha..