kalau Dia mengkehendakkan sesuatu, maka terjadilah..
kalau tidak, sampai bila pun tidak akan jadi..
kalau hati rasa susah, dengan izin-Nya, akan ditiupkan ketenangan dalam hati..
kalau otak buntu, dengan izin-Nya, akan ditiupkan idea dalam minda..
semua dengan izin-Nya..
kalau tidak ada izin-Nya, mungkin ada perancangan yang lain untuk kita..
atau sebenarnya kita tidak cukup ikhlas meminta pada-Nya..
beria dan ikhlas berbeza..
beria, kita meminta bersebab.. tidak cukup ikhlas..
sedangkan ikhlas itu pula redha dengan apa sahaja yang akan Dia tetapkan..
ya.. itu yang aku sedang cuba belajar..
untuk lebih ikhlas beribadat pada-Nya.. ingat kepada suruhan-Nya..
mengaji dan berzikir apabila teringat atau ada waktu terluang..
tidak ambil mudah perihal solat..
bukan sebab inginkan apa-apa..
tapi sebab hati sudah mula sayang dengan agama.. ingat kepada Tuhan..
bila solat lewat, dipenghujung waktu, terasa malu untuk menadah tangan dan berdoa..
dan kalau kita rasa masalah dengan orang keliling kita, mungkin kita sendiri ada silapnya.. sehingga tuhan menggerakkan hati orang itu untuk menguji kesabaran kita.. semua dengan izin-Nya..
jadi, teruskan bersabar.. dan minta ditenangkan hati kita..
percayalah.. tuhan mahu kita belajar.. belajar untuk menyerahkan segalanya pada-Nya seikhlas hati kita..
selagi benda tu benda yang bernyawa.. tuhan yang ada hak keatasnya..
apa yang baik, datang dari Allah..
yang jahat pula, dari sifat manusia kita atau bisikan syaitan..
berzikirlah.. minta tuhan lontarkan anasir2 jahat keluar dari badan kita..
cemburu terutamanya.. nak-nak lagi yang perempuan.. cemburu tengok orang dah berkahwin.. cemburu tengok orang dah ada anak.. cemburu tengok beg tangan coach orang..
alahai.. tangisilah jika kamu ada perasaan begitu.. sesungguhnya, hodoh sangat perasaan itu untuk kamu-kamu yang perempuan yang sepatutnya penuh dengan keindahan..
jika masih ada kerisauan di hati, percayalah tuhan ada untuk kamu..
aku cakap kat blog ni sebab aku cuba pakukan sedalam-dalamnya dalam otak untuk aku ingat dengan Tuhan, percaya dengan-Nya..
sebab aku pon manusia biasa.. yang tak lari dari nafsu hodoh seorang manusia..
p/s: segala kesusahan ialah cara tuhan ajar kita untuk jadi lebih kuat.. hidup ni, jangan asyik membandingkan diri dengan orang.. sampai bila hati tak tenang.. *reminder to meself..
1 comment:
noted.. thanks buddy
Post a Comment