YaAllah..
Tiap kali aku mnyebut namaMu, aku minta supaya di redha kn segala apa yang aku lakukan dan apa yang aku rasa..
Tiap kali terucap kata ampun beserta air mata kerana kadang2 perasaan sayang sesama manusia di rasakan lebih kuat berbanding cintaku pada Mu yang maha esa..
Tiap kali juga aku minta di kuatkan hati ku untuk meneruskan kehidupan tnpa dia d sisi kerana bukan dia sebab aku bernafas..
Tiap kali juga aku tertanya2, ini kah pancaroba dunia yang akan aku hadapi.. Takutnya aku yaAllah jika ini baru sedikit cubaan yang Kau berikan dalam kehidupan berpasangan..
Doa aku padaMu agar dia tidak d uji dengan perasaan sebegini kerana sakitnya tiap kali ia dtg ke minda.. All the flashes of things he did, aku redha.. mungkin dia tidak seperti yang aku harapkan.. Bukan salah dia pon yaAllah utk apa yang aku rasa..
Masih aku igt janji pada diriku, lelaki pertama yang membuatkn ati aku terusik akn menjadi lelaki terakhir yang ada dalam ati ku.. Kerana padaku, cinta itu sesuatu yang abadi..
Tapi pernah aku di tegur, itu semua fairytales.. dalam realiti, aku menangis kerana aku terpaksa menerima kenyataan..
YaAllah.. sentiasa hadir dalam hati, perasaan cinta kurniaan Mu amatlah aku agungkan kerana aku percaya perasaan itu adalah sesuatu yang suci.. Hatiku teguh mempercayai cinta..
Masih aku mohon padaMu ya Allah supaya di kekalkan kepercayaan itu.. Aku tidak mahu kehitaman hati mnusia memusnahkan kesucian cinta yang aku rasakan..
Aku, masih mencari cinta manusia..
No comments:
Post a Comment