Wednesday, June 30, 2010

no money no talk

agak-agak la kan.. kul bape aku patut menghilangkan diri ni? hoho.. nak balik melaka arini.. esok, wa mau pegi Kuching.. nak pesan apa-apa? no hal.. bak duit.. no money no talk.. hahaha.. and sila bayarkan duit over-luggage aku.. sekilo RM20..

cakap pasal bab memesan-mesan ni, mintak maap la kalo ada sapa-sapa yang terasa.. aku cakap ni secara overall.. pantang dengar orang nak gi memane, mesti nak berpesan-pesan.. especially pompuan.. perlu di ingat, bila kita memesan kat orang, kita susahkan dia.. apa perasaan kita kalau orang membebankan kita.. tak suka kan? mak ayah aku selalu pesan, jangan susahkan orang.. tak baik.. elakkan selagi boleh.. jangan berbudi pada orang sangat..

huhu.. aku ingat lagi time tu aku still kat bintulu.. standard ar budak-budak bintulu malas nak kuar sebab kat bandar tu kosong jek.. disebabkan kemalasan mereka, barang-barang dapuq pun sibuk nak pesan kat orang yang nak kuar.. even nak withdraw duit sendiri pon malas.. apa punya orang daa.. kalau sikit-sikit pesan takpe gak.. ni kalau dah pesan kordial, kfc, dinamo, tak ke naya orang yang nak mengangkutnya tu.. bukannya orang tu naik keta sendiri.. naik bas tau.. kau dah ar malas nak kuar, tambang bas kompem-kompem ar tak bayarkan.. yang kau tau, hanya memesan..

aku pernah sekali ar membelikan dua orang nyer pesanan barang.. kiri kanan penuh ngan barang.. last-last, dari banyak-banyak barang, berat-berat aku bawak naik bas, dua benda jek kepunyaan aku.. yang len suma diorang nyer.. beragak ar kan.. tu pun time diorang tanya berapa, aku still bagi diskaun.. takat posen-posen tu, aku tak amik ar.. taknak belikan kang, orang kata sombong, dah kawan-kawan.. sudahnya, bila aku kuar, aku kuar senyap-senyap jek.. itu lebih best.. haha..

No comments: