Monday, November 8, 2010

lagu justin bieber???

ok.. urm.. dulu aku pernah sebarkan emel tentang lady gaga dan lagu alejandro yang menyebarkan tentang iluminati.. itu memang terang benderang la anti-christ nyer kan dengan salib terbalik bagai..

urm.. dan kemudian makin menjadi2 pulak tentang benda2 yang disebarkan berkaitan tentang iluminati ni..

dan kita pernah digemparkan tentang iklan raya tv3 yang dikatakan turut mempunyai unsur2 iluminati..

kali ni pulak, dari minggu lepas aku ternampak pula sebaran video tentang justin bieber yang dikatakan pemimpin muda iluminati.. baru hari ni aku berminat untuk tahu apa unsur iluminati yang ada dalam lagu justin bieber..

hmm..

aku bukan nak kata apa lah.. yang pasal iklan raya dan justin bieber ni, tuduhan tentang iklan dan lagu tersebut nampak tak kukuh.. or is it me is the only one yang rasa macam ni?

iklan raya tu, aku tau la ramai yang tak setuju sebab dia gabungkan dengan agama buddha dan christian tapi tak lah sampai terfikir iklan tu berunsur iluminati..

lagu justin bieber pulak.. macamana diorang boleh terfikir sampai ke tahap macam tu.. siap leh backward2 lagi lagu tu dan kemudian menulis dalam video tu tentang apa yang tersampai bila kita dengar lagu tu terbalik..

come on.. dalam Islam, kita di haramkan untuk memfitnah sesuatu yang tidak pasti.. itu je aku leh cakap..

orang yang sebarkan video tu, adakah anda pasti justin bieber adalah iluminati? adakah anda pasti iklan raya tu juga menyampaikan unsur2 iluminati? urm.. korang pernah tengok video kucing bergaduh dan kemudian seolah2 kucing itu bercakap? ha.. tu la bayangan aku terhadap tuduhan lagu justin bieber tu..

pada aku, teori konspirasi dan segala macam teori lain, kita perlu ambil tahu.. ia adalah ilmu.. tapi untuk freak out, jangan la melampau2 sampai kita terjatuh hukum memfitnah.. dosa memfitnah itu lebih teruk dari membunuh tau..

anda pernah tau tak pasal orang US freak out pasal pembinaan Crescent of Embrace Memroial yang dibina bagi memperingati aircraft crash Flight 93? aku rasa better korang google pasal tu dan korang akan tahu betapa freak out nyer mereka dengan mengatakan bahawa itu adalah simbol Islam.. dan mereka protest untuk memorial tersebut..

kita sekarang saling beburuk sangka.. anda sedar tak? kita ni sama level ke dengan mereka? pasti jawapan kita, kita tak mahu berfikiran macam mereka.. jadi, think wisely.. dont act like uncivilized human.. kita ada agama yang suruh kita berfikir dengan bijak..

p/s: post ni, mungkin ada yang tidak setuju dengan aku.. wallahualam.. ini buah fikiran aku..

No comments: