apa beza sayang dan cinta?
kalau mat salih, mereka takda term yang membezakan sayang dan kasih.. hanya ada 'LOVE'
tapi orang kita sangat menitikberatkan perbezaan sayang dan cinta..
pernah aku tengok subtitle kat tv bila ada satu soap drama tu bertanyakan soalan yang sama..
pelakon bertanya, "apa beza sayang dan cinta?"
dan subtitle di bawah menulis, "what is the difference between care and love?"
semudah itu.. pada mat salih, sayang itu dilihat sebagai care (ambil berat) dan cinta itu love..
tapi orang kita sendiri tidak dapat tangkap apa beza antara sayang dan cinta..
pernah aku terbaca artikel tentang beza antara sayang dan cinta..
sayang dan cinta mempunyai perasaan yang sama.. yang membezakan adalah cinta ada rasa ingin memiliki dan cemburu..
huhu..
apa yang aku nampak selama ini ialah, sayang lebih sesuai untuk keluarga dan kawan2.. cinta pula sesuai untuk kekasih hati..
sayang, bila tiada, ada rasa rindu tapi perasaan ingin mencari dan bertanya khabar, tidak sekuat perasaan cinta..
dan sayang itu lebih kekal berbanding cinta..
cinta yang hakiki hanya milik Tuhan sahaja..
cinta manusia rapuh.. terhakis oleh waktu..
moga kita bertemu dengan seseorang yang boleh mengingatkan kita dengan cinta itu..
2 comments:
sayang dan cinta adalah dua perkara yang berbeza. kalau nak terang kat sini, tak cukup 10 hari 5 malam hehe :)
penah ko tgk cite dvd pelsu cetak rompak? yg traslation dia...'honey..i'm coming...'....in bm jadi...'madu...sy dtg...! hahahaha
Post a Comment