Monday, August 9, 2010

stock clearance


kadang2 aku rasa diri tak cukup rehat..
kadang2 aku rasa aku yang banyak main2..
kadang2 aku rasa 24jam itu tidak cukup..
kadang2 aku rasa aku perlu lebih masa untuk segala2nya..

hmm.. tensen bila memikirkannya..

oh ya.. aku mmg banyak main.. poya2.. facebooking.. dan mencari cinta.. ok yang last tu tipu.. haha..

kerja, malas gila nak buat walhal dah beratur dah atas meja mintak di settle kan.. hmm..

jadi, di kala ini, akan berlaku kekacauan jiwa yang amat dan selepas itu, aku rasa aku perlu buat stock clearance.. aku akan try lupuskan benda-benda yang sedikit sebanyak menyerabutkan jiwa dan kepala otak aku..

salah satu benda yang aku buat ialah mereject orang.. aceceh.. ko pikir ko hot dok reject2 orang?? hahaha.. saya tak hot, tapi ada la gak tarikan.. kan2?? sila jawab kalo anda tertarik dengan saya.. haha..

sapa kata reject orang sangat senang.. kalo la orang tu aku tak kenal dan tak bersopan ngan aku, leh ar aku sound je terus.. kalo orang tu sopan tapi sedikit menggatal, tak ke susah nak sound.. berkurun berkulat dah, baru reti nak reject.. hmm..

apa-apa pon, aku berasa sedikit lega selepas itu.. tapi jiwa memang ada sedikit serabut lagi.. adakah aku perlu deactivate facebook aku? hehe.. not to that extent.. masih boleh dikawal.. aku pernah alami yang lebih amat teruk lagi..

oh.. dan aku tak paham kenapa ada sesetengah manusia perlu sampai menukar no fon selepas jadi peristiwa seperti break up dan bergaduh ngan member.. sangat tidak matang OK.. leh hilang ke masalah bila tukar no fon??

pernahkah anda fikir yang anda akan menyusahkan orang2 yang menyayangi anda bila anda menukar no fon anda?? penat tau nak save2 balik.. huhuhu..

paling tak matang, lepas tukar, kaco lagi ngan no baru.. then bila kena marah lagi, tukar lagi no baru.. ciss.. bila nak selesai daa.. asik tukor no jek.. gi ar bercucuk tanam ke, ada gak paedahnya..

salam..

2 comments:

Unknown said...

i suka menyibuk kat sini... hahaha jom tanam pisang!!

Khairahimo said...

hehe.. jom2.. ada gak dpt hasil.. huahaha..