Friday, August 6, 2010

aku ingin menangis



hmm.. tidak tahu bagaimana mahu menulis entry ini..

tadi ketika makan tengahari, dikala masjid memanggil umat2nya untuk mengerjakan solat, terdapat beberapa orang lelaki yang langsung tidak mengendahkan panggilan tersebut.. terus menerus berborak-borak dan tergelak-gelak.. dan kemudian langsung tidak pergi sembahyang Jumaat.. tidak kah mereka berasa malu? dimana mereka letakkan keistimewaan yang diberi kepada mereka pada hari Jumaat??

hmm.. hilang respect aku terhadap mereka..

dah la masa aku beratur beli makanan, dia sama sibuk menegur2 aku, macam la dah lama kenal.. haih.. lelaki2..

aku berasa sedih.. kenapa perlu lelaki jadi sebegini? bukankah mereka sepatutnya dilihat sebagai kaum yang sangat bertanggungjawab dan dihormati? ini tidak.. aku asik sahaja berasa tidak puas hati terhadap mereka.. tolonglah jangan meletakkan diri kamu dikalangan orang yang aku pandang serong dan rendah martabatnya.. kerana aku memandang kamu sebagai ketua2 keluarga yang akan menjadi tunjang kekuatan agamaku yang mulia dan akan kamu pimpin dan bimbing..

wahai saudara seagamaku.. saudara lelaki ku.. berat sungguh tanggungjawabmu.. aku tahu itu.. tapi, bebanan yang kamu rasakan itu, aku rasa sungguh istimewa buat kaummu.. ia yang menampakkan kegagahanmu dalam memelihara agamamu..

ye.. aku memang seorang wanita biasa.. yang tidak bertudung labuh, berstokin dan tidak pandai berbicara tentang agama.. tapi aku kenal agamaku.. halal haramku.. aku mempunyai dan menjaga peganganku yang aku rasa mungkin lebih teguh dari sesetengah wanita bertudung labuh.. aku inginkan seorang lelaki pekerti seperti Nabi Allah Muhammad.. tapi aku tahu aku tidak sebaik Khadijah dan aku terlalu rendah tarafnya berbanding kekasih Allah swt.. memadailah bagi aku jika lelaki yang bakal menjadi teman hidupku seorang yang sepertiku dan lebih sedikit ilmu agamanya untuk membimbing aku..

dan tolonglah hormati kaum wanita sebagaimana kamu menghormati ibu kamu kerana satu hari nanti kami akan menjadi ibu kepada anak2mu.. aku akui, perempuan kadang2 lalai dengan pujian lelaki.. jadi aku minta, dengan akalmu yang 9 itu, bertegaslah dengan kami.. cukup2lah memuji kami.. cukup2lah mengusik kami.. simpanlah segalanya sehingga ijab dan kabul terlafaz.. maka, mulialah cinta kamu di sisi Allah swt..

dan sekali lagi aku ingin menangis mengenangkan perangai kamu.. terbayang pula anak2 yang bakal lahir dari rahimku.. minta di jauhkan puteriku dari kamu dan minta dijauhkan puteraku berperangai seperti kamu..

aku benci..

2 comments:

Unknown said...

khai... kte slalu jumpa org yg mcm ni. bukan bdk2 je... yg dah mcm bapak org pun selamba je buat mcm tu... pernah sekali tu kte tgok wayang ari jumaat dlm kul 1++, dorg pun ada sama gak. x malu ke?? kte bukan x pernah menegur tp kte pulak yg dipandang serong. ye ye... kte tau kte x baik mana, tp ingat-mengingatkan tu bukan tanggungjawab ke?? tp kte x kisah pun... sbb tanggungjawab kte dah selesai. tinggal mereka yg akan beurusan dgn Maha Agung nti... huhu

p/s: nak tau kte tgur mcm mana?? selalunya insiden ni dilakukan bersama kawan...

kalu berselisih dgn lelaki muslim [x kira umur] pd ari jumaat pd waktu zohor...
yana: eh, dah pukul brp skrg ni?? [sambil tgok jam]

kawan: ermm... knp? [dgn riak saje2 pelik]

yana: dah zohor laaa... ari ni kan ari jumaat... [dgn selambanya...]

free2 dorg bg jelingan maut.

nak marah?? marah laaa... ada aku kesah?! hahaha

sweet life said...

innalillahirajiun...

maka aku pun selalu memohon kepada ALLAH agak ditemukan jodoh dgn khalifah yang dpt membimbing aku yang mudah leka ini.. huhu

semoga ko pun dipermudahkan dan dijodohkan dengan khalifah yang beragama..