Monday, August 9, 2010

Inception


inception..

aku tengok cite ni kat dataran pahlawan sabtu aritu.. nak harapkan aku gi mines or mid valley or mana2 tempat yang membuatkan aku naik public transport, toksah ler..

aku ada satu rasa fobia di dalam jiwa.. hmm.. ok.. takmo cita pasal ni..

inception.. cite panjang berjela macam hindustan tapi ko tak sedar pon, masa dah berlalu 2 jam lebih.. ok la kan tu.. sebab dia tahu macamana nak buatkan ko terus fokus terhadap cerita.. kecuali ko ada panggilan alam yang membuatkan ko keluar ke toilet.. rugi2.. sebab kalo terlepas je 5-10 minit cite ni, ko dah start tak paham dah.. hakhak..

basically, its about mission to implant idea pada seseorang dalam mimpi tanpa dia sedar..

ok.. what if aku kata ngan korang, "jangan pikir pasal gajah"

of coz korang dah terus pikir pasal gajah kan?? and sapa cakap jangan pikir pasal gajah? aku kan.. jadi, ko tau dari mana sumber yang menyebabkan ko pikir pasal gajah..

jadi sekarang, diorang nak letak idea pasal 'jangan pikir pasal gajah' tanpa ada sumbernya.. ia perlu bercambah dari pemikiran orang tu sendiri..

dalam cita ni, orang yang perlu diorang implan idea itu ialah anak seorang ahli perniagaan.. ideanya ialah untuk memusnahkan empayar yang dibina oleh ayahnya..

jadi diorang start masuk dalam mimpi anak ahli perniagaan tu.. ada 3 stage yang diorang perlu masuk.. jadi sedatif yang diorang guna sangat kuat.. jadi diorang memang perlu cekap la.. kalo tak, diorang akan tua dalam mimpi.. conflict dalam cita ni ialah hero sendiri ada masalah macamana nak control projection yang muncul dalam mimpi dia especially projection bini dia yang selalu kaco mission dia..

jadi, yang lain-lain, tengok sendiri la ye.. hakhak.. ending a bit confuse.. tapi aku rasa, dia masih bermimpi.. ;P

oh btw, aku rasa kalo korang tengok cite ni kat pc or beli cd haram and tengok ramai2, korang takkan enjoy kot sebab cita macam ni sesuai tengok kat wayang jek.. hakhak..

2 comments:

Unknown said...

promote nampak... haha

akhirnya anda p tgok jua... tahniah!! hahaha

ermm.. mcm menarik. apapun akan difikirkan jua utk ke wayang... (^__^)v

Khairahimo said...

hee.. xde la promote.. tergoda ke?? haha.. sila2.. tengok la ia.. tp xtau la kn.. kot2 boring ke.. g r tgk kt mines ari rabu.. dpt murah ckit.. hakhak..